Shah Rukh Khan Ingin Menonton Filem ‘Paa’ Bersama Keluarga

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah Rukh dikatakan telah meminta 6 tiket untuk tayangan premier filem ‘Paa - foto REUTERS
Shah Rukh dikatakan telah meminta 6 tiket untuk tayangan premier filem ‘Paa - foto REUTERS

FILEM Paa menjadi buah mulut ramai semenjak ianya mula dipromosikan kerana pelbagai sebab.

Raja Bollywood, Shah Rukh Khan pun telah menunjukkan minat yang terhadap filem tersebut.

Ada khabar angin yang mengatakan yang Shah Rukh telah meminta 6 tiket untuk tayangan premier filem ‘Paa.’

Abhishek Bachchan berkata Shah Rukh Khan ingin menonton filem itu dengan seisi keluarga.

“Kerana itu, kami telah memberikan enam pas kepadanya,” jelas Abhishek.

Filem Paa dibintangi oleh Abhishek Bachchan dan Vidya Balan. Mereka memainkan watak-watak utama.

Amitabh Bachchan, pula berlakon sebagai pesakit Progeria, iaitu sejenis penyakit yang dimana seseorang itu dilahirkan sebagai tua dan akan bertukar menjadi muda apabila dewasa dalam filem tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan