Johnny Depp & Salma Hayek Bakal Bintangi Filem 'Pancho Villa'

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Johnny Depp dan Salma Hayek akan bergandingan sekali lagi di dalam filem terbaru berjudul 'Seven Friends of Pancho Villa and The Woman With Six Fingers' - foto AFP
Johnny Depp dan Salma Hayek akan bergandingan sekali lagi di dalam filem terbaru berjudul 'Seven Friends of Pancho Villa and The Woman With Six Fingers' - foto AFP

SELEPAS 'Once Upon A Time In Mexico', Johnny Depp dan Salma Hayek akan bergandingan sekali lagi di dalam filem terbaru arahan pengarah terkenal dari Serbia, Emir Kusturica berjudul 'Seven Friends of Pancho Villa and The Woman With Six Fingers'.

Filem biografi yang mengangkat kisah perjuangan wira revolusi dari Mexico, Pancho Villa itu dijangka hanya memulakan penggambaran pada 2011 ekoran jadual kerja Depp yang padat sehingga tahun depan.

Diadaptasi daripada novel biografi 'The Friends of Pancho Villa', filem ini antaranya bakal memperlihatkan kisah suka-duka perjuangan Villa dan keluarganya semasa detik-detik peperangan juga aktiviti rompakan mereka ke atas golongan hartawan demi membantu si miskin pada abad ke-20.

Depp dilaporkan akan berlakon di dalam bahasa Sepanyol, di mana sebahagian lokasi penggambarannya bakal dirakam di sekitar Mexico.

Seperti perjuangan Robin Hood yang merompak si kaya untuk membantu golongan miskin, perjuangan Villa juga telah memahatkan namanya sebagai ikon hero perjuangan lagenda di sana.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan