Istimewa Piala Thomas Dalam Upin & Ipin Tahun Depan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Filem Geng: Pengembaraan Bermula akan ditayangkan di TV9 pada Khamis ini, jam 8.30 malam.
Filem Geng: Pengembaraan Bermula akan ditayangkan di TV9 pada Khamis ini, jam 8.30 malam.

BETUL! BETUL! BETUL!.....trademark itu sudah cukup sinonim dengan kartun animasi "Upin & Ipin" yang terkenal di seluruh Malaysia dan juga mendapat sambutan di negara Indonesia, Singapura dan Brunei.

Siri animasi mengenai dua anak kembar comel yang berkepala botak ini, mula diperkenalkan pada 2007. Kini ianya telah menjadi satu fenomena luar biasa kepada kanak-kanak dan golongan dewasa.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Productions Sdn Bhd, Burhanuddin Mohd Radzi, berkata, siri Upin & Ipin untuk tayangan tahun hadapan akan tumpukan kepada tema 1Malaysia dan Piala Thomas.

"Kita ingin terapkan semangat satu Malaysia di kalangan kanak-kanak manakala Piala Thomas sebagai fokus cerita memandangkan Malaysia merupakan tuan rumah kepada kejohanan berprestij tersebut," katanya. Siri kesukaan ramai ini mencatatkan capaian penonton tertinggi di Indonesia iaitu seramai 2.5 juta penonton berbanding 1.5 juta penonton di Malaysia.

"Sambutan di Indonesia di luar jangkaan sehinggakan bayaran dibuat terus dari pengurusan stesen televisyen TPI. Ini kerana mereka tak mahu stesen televisyen Indonesia lain mengambil hak penyiaran Upin & Ipin," ujar Burhanuddin selepas Majlis Sidang Media Tayangan Ekslusif Geng Di TV9 Les’ Copaque Production Sdn Bhd.

Upin & Ipin bakal memulakan proses pembikinan filem pada pertengahan tahun depan.

Menurutnya, siri Upin & Ipin ini turut mendapat permintaan daripada luar negara seperti Turki, Kuwait dan Afghanistan.

Malah Upin & Ipin sudah berjaya menembusi saluran Disney Channel dan mula disiarkan pada 23 November.

Walaupun ditayangkan dalam durasi yang singkat, namun impak yang ditinggalkan amat berkesan.

Cerita Upin & Ipin ini bukan sekadar kartun biasa tetapi merupakan kartun yang memberikan pengertian positif dan mendidik masyarakat.

"Kini Upin & Ipin menjadi satu jenama dan apa yang penting ialah mempertahankan mutu keluaran kita dan jalan cerita yang menarik," kata Burhanuddin.

Kejayaan siri kartun Upin & Ipin yang disiarkan di TV9 amat memberangsangkan hingga Les’ Copaque Production Sdn Bhd memberi penyiaran eksklusif tayangan filem Geng: Pengembaraan Bermula kepada TV9.

Filem ini akan disiarkan selama 2 jam pada Khamis ini pukul 8.30 malam.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan