Ana Dan Rina Anggap 'Anugerah Bintang Popular' Platform Untuk Lebih Dikenali

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ana Raffali sedang mendendangkan lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur. =Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN
Ana Raffali sedang mendendangkan lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur. =Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN

KEMERIAHAN dan debaran Anugerah Bintang Popular 2009 kebiasaannya lebih dirasai oleh sebahagian artis muda terutama yang baru pertama kali dicalonkan dalam anugerah terbabit.

Rata-rata calon baru yang ditemui berasakan, ibarat medan terbaik untuk mereka meneruskan langkah lebih cemerlang dalam industri hiburan tempatan.

Bagi Ana Raffali merupakan pendatang baru yang tersenarai dalam pencalonan awal anugerah tersebut berasa teruja dan terkejut dengan penghargaan tersebut.

"Semasa diberitahu tentang pencalonan ini, saya berasa terkejut dan gembira. Ini merupakan satu platform untuk lebih dikenali di dalam industri ini.

"Saya masih begitu baru dalam bidang ini dan tentunya calon yang bakal bersaing dalam kategori artis baru bersama saya adalah hebat-hebat. Dicalonkan pada peringkat awal ini sudah cukup membanggakan," ujarnya yang sedang mempromosikan single terbarunya 'Hujan Bunga Di Kuala Lumpur'.

Ana yang baru menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tekad menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerjaya seni kerana minat yang mendalam dalam menulis lagu dan menyanyi.

Seorang lagi artis wanita yang turut bersaing dalam kategori ini ialah penyanyi Zuzafrina Zulkifli atau Rina, baru sahaja muncul dengan single terbaru bertajuk 'Mana Satu' ini tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dalam pencalonan ini.

"Saya sedar persaingan hebat-hebat belaka, tidak layak ke peringkat yang lebih tinggi sekalipun saya bersyukur, sedikit sebanyak orang ramai akan menyedari kewujudan saya dalam industri hiburan ini.

"Apa yang penting ialah usaha sedikit demi sedikit untuk kita menjadi artis yang terus diingati," ujarnya yang merupakan kembar kepada Rini AF7.

Rini yang dalam proses mempromosikan single terbarunya banyak belajar tentang nyanyian dan selok belok menjadi artis daripada kakaknya Rina yang sudah lebih lama terdedah dengan dunia hiburan sejak menyertai pertandingan Akedami Fantasia musim ketujuh lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan