ABP 2009 Kembali Dengan Format Baru Undian

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Antara artis yang hadir pada sidang media ABPBH2009 di Palace of Golden Horses Hotel Mines City Resort.=Foto THE STAR Oleh NURAFIFI EHSAN
Antara artis yang hadir pada sidang media ABPBH2009 di Palace of Golden Horses Hotel Mines City Resort.=Foto THE STAR Oleh NURAFIFI EHSAN

KEGEMILANGAN Anugerah Bintang Popular (ABP) kembali menjelma dengan format baru undian pencalonan.

ABP edisi ke-23 ini, kembali dengan tema "Puncak Kegemilangan", dan akan berlangsung pada 4 April 2009 di Arena Of Star, Genting Highland Kota Keriangan.

Penganjuran ABP setiap tahun adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, di samping memberi peluang kepada pembaca setia Berita Harian untuk turut serta menyertai malam kemuncak anugerah.

Anugerah Popular ini masih mengekalkan 16 kategori iaitu Penyanyi Lelaki,Penyanyi Wanita, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Filem Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Wanita TV Popular serta Penyanyi Berkumpulan/Duet Popular

Namun terdapat perubahan pada syarat dan peraturan bagi calon untuk kategori Penyanyi Lelaki dan Wanita & Kumpulan/Duet.

Mana-mana penyanyi atau kumpulan yang mempunyai album penuh dan sudah dipasarkan bagi tempoh Januari 2009 hingga Disember 2009 juga layak dicalonkan secara automatik.

Bagi penyanyi yang tidak mengeluarkan album penuh pada tahun ini, penganjur memutuskan calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu single terbaru dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 80 peratus dalam Bahasa Melayu. Single terbaru ini hendaklah disiarkan oleh mana-mana televisyen dan stesen radio tempatan sepanjang tempoh 12 bulan ini.

Calon bukan warga negara Malaysia boleh dicalonkan dengan syarat lagu atau single adalah ciptaan komposer, pemuzik dan penulis seni katanya adalah rakyat Malaysia. Selain itu, album itu mestilah diterbitkan sepenuhnya di Malaysia dan menggunakan khidmat pemuzik, komposer dan penulis tempatan rakyat Malaysia.

Pencalonan masih terbuka kepada selebriti, pelakon dan penyanyi yang terbabit secara aktif dan konsisten dalam bidang masing-masing untuk tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.

ABP kali ini turut menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada pembaca untuk dimenangi iaitu dua buah motor GTR 170X (sumbangan Naza Bikes Sdn Bhd), Pakej Perlancongan 4 hari 2 malam ke Bali sumbangan POTO Travel & Tour, Pakej Rawatan Kecantikan dan Perlangsingan Badan sumbangan Slimming Sanctuary dan juga hadiah berupa barangan bernilai RM50,000.

Pada majlis yang sama, turut diselitkan majlis penyampaian 'Hadiah Pereka Popular ABP2008' yang dimenangi oleh Hatta Dolmat bagi rekaan lelaki dan Rizman Khuzaini bagi rekaan wanita.

Acara ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pereka fesyen dan artis yang mengayakan pakaian yang direka khas oleh pereka ini pada malam ABP2008 lalu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan