Katie Tidak Larang Anak Pakai Kasut Tumit Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katie Holmes percaya kasut tumit tinggi kepunyaan Suri tidak membahayakan. -Foto AP
Katie Holmes percaya kasut tumit tinggi kepunyaan Suri tidak membahayakan. -Foto AP

KATIE Holmes merasakan tidak salah untuk anak perempuannya, Suri yang berusia tiga tahun minat untuk memakai kasut tumit tinggi.

"Seperti mana-mana budak perempuan, dia juga meminati kasut tumit tinggi saya," kata Holmes di dalam sebuah majalah.

Pengkritik sebelum ini pernah membuat teguran apabila melihat Suri mengenakan kasut tumit tinggi baru-baru ini dan berkata, ia akan menjejaskan perkembangan fizikalnya.

Namun, Holmes, 30, percaya kasut tumit tinggi kepunyaan Suri tidak membahayakan.

"Kasut-kasut itu sebenarnya hanyalah kasut menari untuk kanak-kanak. Saya beli untuknya dan dia amat menyukai kasut-kasut itu," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan