Aksi Dirasuk Buat Naim Daniel Sampai Juling Mata

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naim Daniel bersama Sheila Rusly dalam majlis ramah mesra drama bersiri 'Cucu Betong.'
Naim Daniel bersama Sheila Rusly dalam majlis ramah mesra drama bersiri 'Cucu Betong.'

PELAKON kanak-kanak, Naim Daniel Baharin yang melakonkan watak Raqib dalam ‘Cucu Betong’ akui yang Sheila Rusly ialah seorang yang tegas di set.

"Kak Shiela pernah memarahi saya tetapi ianya demi kebaikan saya dan untuk memperbaiki mutu lakonkan saya sebagai Raqib.

"Walaupun begitu, kak Sheila selalunya menegur saya dengan cara baik kalau membuat silap di set penggambaran," jelas anak kecil ini dalam temubual semasa majlis ramah mesra drama sekuel ‘Cucu Betong’ di Sri Pentas kelmarin.

Drama ini akan ke udara di TV3 mulai 8 Disember ini dari hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang.

Naim juga berkata yang matanya sakit pada permulaan penggambaran ‘Cucu Betong.’ "Melakonkan watak Raqib bukannya mudah kerana saya perlu menjuling mata seperti sudah dirasuk dan ia memberi tekanan pada mata saya.

"Tetapi lama-kelamaan, saya sudah biasa," jelas anak kecil yang bersekolah di Taman Maluri ini.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada bidang lakonan ini mengganggu pelajarannya, Naim menambah yang dia hanya akan berlakon semasa cuti sekolah.

"Saya hanya akan berlakon pada hujung minggu dan bukan semasa hari-hari persekolahan.

"Tetapi saya tidak berlakon pada cuti sekolah kali ini kerana hendak berehat di rumah," ujar Naim.

Pelajar yang akan melangkah masuk ke tingkatan satu pada tahun hadapan ini, memperolehi 3A dan 2B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Naim merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Dia menyimpan hasrat untuk menjadi seorang juruterbang apabila besar kelak.

"Saya hanya ingin menceburi bidang lakonan sebagai satu kerjaya sampingan sahaja," kata Naim.

Anak kecil berumur 12 tahun ini mula berlakon dalam drama ‘Igauan Semalam’ yang disiarkan di RTM ketika usianya tujuh tahun.

Naim memang petah bercakap dan tampak lebih matang daripada usianya. Dia juga pernah berlakon dalam 50 buah drama.

Antara drama-darma yang pernah dilakonkannya adalah ‘Sos Cili Sos Tomato’ Dan ‘Derhaka Neraka.’

"Saya juga pernah membintangi filem ‘Cuci’ dan muncul sebagai Hans Issac semasa kecil dalam filem itu," kata Naim yang comel.

Sukan bola sepak ialah aktiviti masa lapang Naim dan dia juga mememang jawatan naib ketua pengawas di Sekolah Kebangsaan Yakob Latiff, Taman Maluri.

Apabila ditanya sama ada guru-guru di sekolahnya tahu mengenai aktiviti lakonannya, Naim menjawab mereka sedia maklum mengenainya.

"Semua cikgu saya tahu saya berlakon dan mereka memberikan saya galakan untuk terus berlakon asalkan tidak menggangu kerja dan aktiviti sekolah saya.

"Saya juga mengikuti kelas tambahan untuk mendapatkan markah yang lebih baik di sekolah," akhiri Naim.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan