Tom Arnold Berkahwin Untuk Kali Ke-4

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Tom Arnold telah berkahwin untuk kali keempat dengan kekasihnya Ashley Groussman.

Mereka berkahwin dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh 75 orang ahli keluarga di sebuah kepulauan Hawaii, Maui.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga di rumah salah sebuah pengurus muzik Hollywood terkenal pada 28 November lepas.

Menurut sebuah portal luar negara, sahabat karib Arnold iaitu pelakon komedi Dax Shepard menjadi pengapit Arnold.

Sementara itu, pasangan itu diperkenalkan oleh kawan-kawan mereka pada April 2008 dan bertunang semasa harijadinya yang ke-50, tahun lepas.

Ini merupakan perkahwinan keempat Arnold selepas bercerai dengan bekas isterinya Shelby Roos pada bulan Ogas 2008.

Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan jurumekap Champnella dan pelakon komedi Roseanne Barr.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan