Radhi OAG Ingin Berbincang Dengan JAIS Tangguh Waran Tangkap

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Radhi OAG ditemuramah oleh para wartawan di perkarangan mahkamah semalam.
Radhi OAG ditemuramah oleh para wartawan di perkarangan mahkamah semalam.

PELAKON dan penyanyi Radhi OAG ingin menyelesaikan kes penceraian dengan isterinya Shazlin Sharif secepat mungkin.

"Saya dah bosan. Kalau boleh, saya hendak para peminat saya mendengar tentang karier saya pula. Saya ingin mengeluarkan banyak produk saya pada 2010 ini," katanya ketika ditemui pada prosiding mahkamah semalam.

Menurut Radhi, dia bakal memasarkan secara online 'produk' nya seperti game music, soundtrack dan single di China pada bulan ini.

Katanya, dia telah membuat lima online single setakat ini.

"Saya ingin pergi ke China demi negara serta mengharumkan negara dengan mempromosikan produk-produk Malaysia.

"Syarikat saya mempunyai usahasama dengan sebuah syarikat di China. Dan saya dilantik sebagai pengarah muzikal untuk menjalankan kerja-kerja promosi di situ." jelasnya.

Semalam, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya, Radhi telah sampai lewat.

Ekoran itu, Peguam Syarie Rubiah yang mewakili Shazlin memohon mahkamah menangguhkan prosiding tersebut ke satu tarikh lain dan waran tangkap yang dimohon pada prosiding terdahulu dilanjutkan.

Radhi sedar waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya itu akan menghalangnya berlepas ke China pada 10 Disember ini.

"Saya menerima arahan bos untuk mempromosikan produk online games buatan Malaysia ke China. Sedihlah saya kalau ditangkap di lapangan terbang nanti," akuinya.

Mengenai perkembangan terkininya, Radhi berkata, dia masih dalam proses rakaman online single selain mewujudkan record label yang akan beroperasi pada Januari 2010.

"Record label ini ialah syarikat yang akan menjaga hak intelek artis, pencipta animasi serta fesyen dari segi reka bentuk," katanya.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Radhi memberitahu dia tidak boleh bercakap apa-apa buat masa ini.

"Saya tak boleh cakap banyak kerana kes perceraian saya belum selesai lagi. Saya tak nak masalah rumahtangga bercampur dengan usaha saya mempromosi lagu kelak," katanya.

Radhi akui dia tidak memikirkan apa yang bakal dibuat pada masa depan.

Tapi apa yang pasti, dia ingin menemui pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan berbincang agar penguatkuasan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya tidak dikeluarkan sekarang.

Bagi Radhi, apa yang penting sekarang ialah perjalanan ke China untuk memulakan kerjaya barunya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan