Heidi Klum Sukar Mengawal 4 Orang Anaknya

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Model Heidi Klum menghadiri pertunjukan fesyen 2009 Victoria's Secret pada 19 November 2009 di New York. -Foto AFP
Model Heidi Klum menghadiri pertunjukan fesyen 2009 Victoria's Secret pada 19 November 2009 di New York. -Foto AFP

SUPERMODEL Heidi Klum berkata sukar baginya untuk mengawal empat orang anaknya itu.

Beliau yang baru melahirkan anak perempuan, bernama Lou Samuel pada bulan Oktober berkata masih sedang menyesuaikan diri dengan anak perempuannya itu.

Ini kerana Heldi perlu banyak meluangkan masa dengan tiga lagi anaknya yang tidak memahami situasinya.

Menurut sebuah portal akhbar luar negara, ketiga-tiga anaknya itu mahu meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

“Amat sukar untuk saya menghadapi semua ini kerana anak-anak saya Leni, Henry dan Johan masih mahu melakukan perkara yang sama sebelum saya melahirkan anak keempat saya.

Saya dan suami ada banyak perkara yang perlu di buat dan terpaksa membahagikan masa untuk melakukannya,” jelas Heidi.

Walaupun begitu, beliau menambah yang mereka bahagia dengan kehidupan mereka kini.

“Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan saya,” jelas Heidi yang berkahwin dengan berkahwin dengan Seal, seorang penyanyi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan