Sehati Berdansa 3: Undian ‘Masuk Semula’ Pasangan Didie?

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Momen ceria setelah pengacara Awal mengumumkan undian masuk bagi peserta yang tersingkir. -foto The Star oleh LOW LAY PHON
Momen ceria setelah pengacara Awal mengumumkan undian masuk bagi peserta yang tersingkir. -foto The Star oleh LOW LAY PHON

RAMAI yang berpendapat pihak Astro sengaja merancang undian masuk untuk meletakkan pasangan Didie ke peringkat akhir Sehati Berdansa (SB) musim ke-3 pada 26 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ini bermakna lima pasangan tersingkir- Anita dan Ismadi; Enot dan Zainul Abidin; Mirna dan Norah, Oshin dan Firdaus termasuk Didie dan Sham akan diberi peluang untuk beraksi pada minggu ini.

Penonton mempersoalkan mengapa undian masuk dibuat setelah pasangan Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammad Ali terkeluar.

Mereka juga menjangkakan pelakon itu dan suaminya, Sham atau Nor Hisham Ismail akan diserap semula ke dalam program yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Namun, Penerbit Eksekutif Norazian Zahir memberikan alasan sebaliknya pula. Katanya, mereka merancang undian masuk itu sebelum program itu bermula lagi.

“Kami mengikut format program realiti TV dari India iaitu ‘Nach Baliye’ dan elemen undian masuk memang digunakan dalam program itu yang dipanggil ‘wild card’.

“Kami juga sudah memikirkan untuk memberi peluang kepada satu pasangan yang tersingkir untuk masuk semula sekaligus berbakti kepada badan kebajikan yang diwakili oleh mereka.

“Di awal program ini, kami telah memaklumkan kepada semua peserta yang kami akan membuat satu minggu ‘tribute’ melibatkan semua peserta tetapi mereka tidak dimaklumkan lebih lanjut tentang jenis ‘tribute’ itu,” beritahunya selepas pasangan Didie diumumkan tersingkir di minggu ke-6 bertemakan ‘Malam Bollywood’ itu.

Semasa malam pengumuman ‘Debaran Sehati Berdansa’ pada Ahad lalu, secara tiba-tiba Awal mengumumkan mengenai undian masuk itu.

Pasangan yang masih terselamat - Sazzy dan Nazril; Dira dan Ash; Isma dan Zul serta Sein dan Nana dibenarkan berehat sepanjang minggu ini manakala lima pasangan lagi akan bertanding untuk meraih undian penonton sebelum salah satu pasangan terpilih untuk ke minggu seterusnya.

SB masuk telah bermula pada pukul 10.30 malam Ahad lalu di mana undian masuk untuk lima pasangan tersingkir telah dibuka. Penonton hanya perlu menaip SB MASUK (NAMA PASANGAN) dan hantarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32999.

Ini bermakna pertandingan pada minggu ini hanya akan dihakimi berdasarkan undian SMS manakala juri jemputan dan juri tetap, Joseph Gonzales hanya berpeluang memberikan kritikan kepada peserta.

“Kami hanya membuka undian SMS kerana mahu memberi peluang kepada peminat SB untuk memilih peserta kegemaran mereka,” beritahunya lagi.

Dengan itu, jumlah wang tunai yang akan didermakan kepada badan kebajikan pasangan yang terpilih untuk masuk semula bermula dengan RM1,000.

Lima pasangan yang akan bertanding pada minggu ini dikenakan syarat untuk memilih tema dan tarian yang pernah digunakan oleh pasangan lain.

Ditanya mengenai bilangan pasangan yang akan mara ke peringkat akhir, Norazian berkata hal itu belum ditentukan lagi.

Didie Tak Jadi Nangis

Sementara itu, Didie yang mendapat markah terendah pada minggu lalu iaitu 52 peratus secara berseloroh berkata dia tidak jadi untuk menangis setelah mendengar berita undian masuk.

“Alhamdulillah, undian masuk memberikan peluang kepada saya dan suami untuk mencuba lagi pada minggu seterusnya.

“Saya memang terkejut dengan berita itu namun saya sudah jangka untuk tersingkir sebab kami mendapat markah juri terendah. Mungkin kerana masing-masing penat atau usia saya ‘paling muda’ (senior) dikalangan peserta lain.

“Mungkin kami akan mencuba tema latin atau hip hop tetapi semuanya perlu dibincangkan dengan koreografer Siti Ostela Adam (BB) kerana dia yang mengajar kami dan tarian itu juga perlu memadai dengan tenaga kami,” ulasnya yang mewakili Persatuan Epilepsi Malaysia.

Undian minggu lalu menunjukkan pasangan Dira menduduki tangga teratas dengan markah 57 peratus, kedua- pasangan Isma (56 peratus), ketiga- pasangan Sein (56 peratus), keempat- pasangan Sazzy (54 peratus).

Saksikan ‘Detik Sehati Berdansa’ pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9 malam; ‘Di Sebalik Sehati Berdansa’ pada setiap Jumaat pukul 9 malam; ‘Malam Sehati Berdansa’ pada setiap Sabtu pukul 9 malam dan ‘Debaran Sehati Berdansa’ pada setiap Ahad pukul 9 malam.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan