Robbie Williams Melamar Kekasihnya Yang Sedang Mengandung

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bintang popular, Robbie Williams menghadiri The 2009 ARIA Awards di Sydney, Australia pada 26 November 2009. -Foto AP
Bintang popular, Robbie Williams menghadiri The 2009 ARIA Awards di Sydney, Australia pada 26 November 2009. -Foto AP

BINTANG pop Robbie Williams menggemparkan peminatnya baru-baru ini apabila melamar kekasihnya, aktres Ayda Field, 30, dalam satu rancangan radio Sydney baru-baru ini.

Penyanyi terkenal berusia 35 tahun, yang sedang berkunjung ke Australia dalam rangka mempromosikan dirinya kembali ke industri musik setelah menjalani pemulihan ketagihan dadah.

Lamaran itu disampaikan oleh Williams pada minggu lepas, ketika dia dan Field sedang ke udara dalam sebuah acara radio di sana yang dikelolakan oleh DJ Jackie O.

"Adakah seseorang yang ingin anda kahwini," tanya DJ Jackie O. "Ini sungguh memalukan," jawab Field.

"Sudikah anda berkahwin dengan saya?" tanya Williams. "Ya, saya akan berkahwin dengan kmu," balas Field sebelum bersenda dengan menanyakan di mana cincin yang akan disarungkan ke jarinya.

Williams lalu meminjam sebentuk cincin dari Jackie O dan menyarungkan ke jari Field sambil mengulangi lamarannya.

"Ayda Field.... saya sangat mencintaimu. Sediakan anda menjadi pendamping saya hingga ke akhir hayat?"

Peminat-peminat Williams tidak melepaskan peluang menelefon stesen radio itu dan memberi ucapan selamat. Laman webnya juga dipenuhi dnegan bermacam soalan berkaitan dengan hubungan Williams dan Field kerana semua orang tahu Field sedang mengandung anak Williams.

Namun, jurucakap Williams di London menafikan Williams serius dengan lamaran itu.

"Memang Williams ada mengucapkannya, tapi itu cuma satu gurauan. Mereka tidak bertunang," kata jurucakap itu, menurut laporan stesen TV ABC.

Sementara itu, ibu Williams, Jan, berkata anaknya sudah berura-ura untuk melamar Field dua minggu yang lalu. Pasangan Williams-Field sudah berpacaran selama 3 tahun.

"Williams ingin melakukan sesuatu yang berbeza dan Field adalah seorang gadis yang manis. Saya senang dengan perkhabaran ini kerana saya selalu inginkan seorang menantu," jelasnya kepada stesen TV BBC.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan