Nurul Syuhada Minat Aktiviti Lasak

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara Majalah 3 Nurul Syuhada Nurul Ain jelita tetapi lasak.
Pengacara Majalah 3 Nurul Syuhada Nurul Ain jelita tetapi lasak.

KEAYUAN pengacara Majalah 3 Nurul Syuhada Nurul Ain sebenarnya menyembunyikan personalitinya yang lasak.

Nurul hampir sama seperti watak Lara Croft dalam filem, 'Tomb Raider'.

Sama-sama jelita tapi bila menjalankan "misi" tertentu, Nurul bukan gadis cantik yang manja dan takut menyahut cabaran.

"Kita kena berani mencuba sewaktu kita masih muda," katanya ketika ditemui dalam lawatannya ke Abu Dhabi baru-baru ini.

Dalam satu acara lasak iaitu 'dune bashing' di gurun Sahari, Nurul menyahut cabaran lasak itu tanpa was-was.

Katanya, dia meredah gurun yang berbukit-bukau dengan kereta pacuan empat roda untuk tempoh lebih sejam.

Selepas duduk terumbang-ambing agak lama, akui Nurul, rakan sekerja lelaki muntah selepas tidak tahan dengan pemanduan ekstrem itu.

"Saya tidak muntah, tetapi pening-pening lalat. Ini mungkin kerana saya tidak makan tengah hari dan perut berangin," katanya yang masih mampu tersenyum.

Nurul mengikuti satu rombongan media ke Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini sempena penerbangan sulung AirAsia X ke situ.

Dalam lawatan itu, pengacara berbakat ini berkata, dia turut berkesempatan merayakan Hari Raya Haji Aidiladha di pejabat kedutaan Malaysia ke Abu Dhabi.

Katanya, ini adalah kali kedua dia menyambut Hari Raya Haji di luar negara selepas Perth, Australia tahun lalu.

"Memang seronok merayakan Hari Raya Haji di Abu Dhabi. Bagaimanapun, sambutan di Malaysia lebih meriah," katanya.

Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.

"Apa pun, saya dapat melihat pelbagai budaya berbeza di negara-negara lain. Pada Hari Raya Haji, rakyat Malaysia mengorbankan lembu, kambing tetapi rakyat di Abu Dhabi mengorbankan unta," kata Nurul.

Selepas lawatan ke Abu Dhabi, Nurul memberitahu destinasi seterusnya adalah Afrika di mana dia akan mencuba 'cage diving' pula.

Ditanya sama ada dia tidak merindui kekasihnya ketika menjalankan tugasan di luar negara, Nurul pantas mencelah: "Mana ada. Saya masih membujang."

Nurul kurang selesa membicarakan isu persendiriannya terutama yang mengaitkan dirinya dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed.

Sebelum ini, pertunangan pasangan ini digosipkan ditangguhkan sehingga Nurul tampil memberi penjelasan.

Jelas Nurul, dia tidak faham kenapa gosip itu boleh berlaku kerana mereka masih merupakan kawan yang baik.

Bagi Nurul, dia lebih suka memfokus kepada kerjayanya.

Dia lebih selesa dengan kehidupannya sekarang.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan