Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khabir Bhatia merupakan pengarah yang menghasilkan karya dengan adunan seninya tersendiri.
Khabir Bhatia merupakan pengarah yang menghasilkan karya dengan adunan seninya tersendiri.

DRAMA bersiri arahan Khabir Bakhtia, Nur Kasih, yang mengisahkan tentang pengorbanan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza, telah mencetuskan satu fenomena baru apabila berjaya mencatat jumlah peratusan penonton yang tinggi selesai siaran episod terakhir pada malam Jumaat lalu.

Melalui kajian dan sumber yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research, drama bersiri 26-episod itu telah menerima kadar penontonan (berpandukan kepada penonton berumur 4 tahun keatas) sebanyak lebih 4.1 juta (19 TVR) atau 59% dari peratusan penonton yang menonton pada 27 November, 2009, Jumaat dari jam 9.00 hingga 10.00malam.

Terbitan Filmscape & Juita Viden Sdn Bhd, Nur Kasih adalah hasil arahan sutradara Kabir Bhatia dan penulis skrip Mira Mustaffa yang telah mendapat sambutan menggalakkan hingga mencetuskan satu fenomena baru di kalangan masyarakat Malaysia sejak siri itu mula disiarkan di TV3 bermula 29 Mei 2009, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Rata-rata menyatakan rasa puas hati, dan ada juga yang merasa terharu berbaur gembira dengan kesudahan siri menarik ini di mana akhirnya Nur Amina menemui kebahagiaan bersama Adam.

Menampilkan barisan pelakon berpengalaman seperti Dato’ Jalaluddin Hassan (Ustaz Hassan), Fizz Fairuz (Aidil), Liza Othman (Hajjah Khadijah), drama bersiri ini juga telah berjaya melonjakkan populariti pelakon baru seperti Remy Ishak (Adam), Tiz Zaqyah (Nur Amina), Sharifah Sofea (Katrina), dan Ummi Nazeera (Siti Sarah).

Sebelum tayangan episod akhir Jumaat lalu, Nur Kasih telah berjaya mencatat sebanyak 3,908 juta (20.3 TVR) 53.9 % (paling tinggi untuk slot drama) menerusi tayangan mingguan setiap malam Jumaat.

Melalui siaran ulangan tanpa iklan pada pukul 7.25malam hingga 8.00malam pula, siri ini juga berupaya mencecah hampir 2 juta penonton ketika ditayangkan setiap hari Selasa hingga Jumaat.

Demam Nur Kasih terus mendapat perhatian dimana sahaja, dari diskusi melalui forum-forum di laman web, radio, medium perantara seperti akhbar dan majalah hingga ke laman web sosial seperti Facebook, twitter, MySpace dan Yahoo Messenger.

Bukan itu saja, melalui khidmat “Catch-up TV” di laman web rasmi www.tv3.com.my, drama ini turut mendapat sambutan hangat apabila rekod menunjukkan hampir 28 juta (sebulan) pelayar web (tempatan dan antarabangsa) menyaksikan episod drama ini.

Menurul Pn Nurul Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, "Drama Nur Kasih merupakan sebuah drama yang bermutu berbekalkan jalan cerita yang sangat menarik.

"Drama ini telah menjalani penggambaran di luar negara seperti Sydney dan Jeddah selain daripada penggambaran penuh di Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.

"Selain mempunyai unsur-unsur pengorbanan dan ikatan kekeluargaan yang penuh tragis, ia juga diselitkan dengan unsur-unsur pengajaran dan teladan," kata Nurul.

"Kami juga akan terus menerbitkan drama drama yang seangkatan Nur kasih malah lebih baik dari itu demi peminat peminat kami. Jangan lupa nantikan kemunculan drama Alif Firdaus yang pastinya membuat penonton terpaku di kaca TV3.”

Melihat kepada respons penonton, drama ini akan diterbitkan dalam bentuk DVD box set dan akan mula berada di pasaran dengan harga RM99.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai DVD box set Nur Kasih, boleh melayari web rasmi di www.tv3.com.my.

Sementara itu, difahamkan juga siri Nur Kasih ini juga akan diadaptasikan ke layar perak di mana tanggungjawab utama bakal dipikul oleh Khabir Bhatia dan Filmscape yang kini sedang dalam perancangan awal.

iklan

Video

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan