Astro Siar The Biography Channel Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rachael Ray.
Rachael Ray.

ASTRO sentiasa mengkaji nilai-nilai kandungan yang ditawarkan bagi mengekalkan kepentingan dan relevannya kepada para pelanggan.

Sehubungan dengan itu, Astro akan menggantikan BBC Entertainment kepada The Biography Channel (BIO) (saluran 731) berkuatkuasa pada hari ini, 1 Disember 2009.

Saluran BIO (saluran 731) ialah pusat kepada siri-siri biografi yang memaparkan kisah profil personaliti-personaliti dari bintang Hollywood sehinggalah figura sejarah, pemimpin dunia, hartawan, artis, monarki, ahli muzik dan ahli sukan.

BIO juga menawarkan siri-siri kisah benar yang akan meyakinkan para penonton untuk menyusuri liku-liku paparan kehidupan yang unik dengan pelbagai ragam serta memberi peluang eksklusif mendalami kehidupan orang kebanyakan yang kaya dengan kisah-kisah luar biasa dan jarang-jarang didengari umum.

Kisah-kisah benar ini tiada hadnya. Astro percaya BIO akan diterima baik oleh para penonton Astro.

Saluran ini juga akan memaparkan kandungan-kandungan tempatan yang menawarkan program-program untuk memberi penghargaan kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad menerusi Bio Bytes dan bintang kesayangan ramai, Sharifah Amani di dalam Rising Stars.

Selain daripada itu, Peddlers of Asia – sebuah siri istimewa akan membawa para penonton melancong ke China, Malaysia, Singapura dan beberapa lagi negara-negara Asia untuk mengikuti kisah-kisah individu di belakang tabir yang mencari rezeki di pasar-pasar tempatan, kampung-kampung dan lorong-lorong kecil.

Di antara episod-episod menarik yang boleh ditonton termasuk sebuah episod yang memaparkan keindahan ibukota Kuala Lumpur dan membongkar kisah-kisah unik budaya dan makanan-makanan tempatan dari negeri Kelantan.

Para penggemar pasti akan terpesona dengan Bio.beats yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Bio.beat akan memaparkan persembahan pentas ahli muzik selebriti seperti Jennifer Lopez, Elthon John, Guns N’ Roses, Abba dan Shania Twain.

Famous & Fabulous yang akan bersiaran pada setiap Selasa, jam 9 malam pula akan mendedahkan kehidupan sebenar para selebriti di sebalik topeng kemasyhuran mereka.

Ramai senarai selebriti kelas-A akan dipaparkan dalam program ini dari lagenda Anthony Hopkins sehinggalah ke Angelina Jolie, Jodie Foster dan Vera Wang.

Dari kisah bintang termasyhur sehinggalah mereka yang menjejaskan reputasi sendiri kerana kecetekkan akal dan minda, ikuti pula jejak langkah kisah-kisah pemimpin dunia dalam Leader & Legends, pada setiap hari Rabu, jam 9 malam.

Dalami dan susuri kisah pemimpin dunia seperti Konfusius, Chiang Kai Shek, Albert Einstein, Imelda Marcos dan Fidel Catsro.

Dari kisah inspirasi sehinggalah aspirasi, kisah-kisah kehidupan suka-duka hartawan dan kerabat diraja boleh diikuti melalui Rich & Royal.

Saksikan bagaimana bintang-bintang figura seperti Lakshmi Mital, Puteri Diana, Donald Trump dan Martha Steward jalani kehidupan seharian mereka pada setiap hari Khamis, jam 9 malam.

Bukan itu sahaja, pengikut setia sukan juga boleh mengikuti dan mendalami erti kerja keras dan disiplin yang diamalkan oleh bintang-bintang lagenda sukan seperti Shaquille O’Neal, Michael Kwan, Tiger Woods dan Andre Agassi dalam memenangi sesebuah kejohanan melaui Adrenalin Rush, pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

Perhubungan rangkaian yang kukuh Astro dengan pemilik saluran global juga menguatkan lagi usaha untuk memenuhi kehendak tempatan dan sejajar dengan itu, Astro turut menyediakan sarikata dalam bahasa Melayu di hampir 80% program-program yang ada di BIO dan sarikata bahasa Mandarin di kesemua program yang disediakan bagi meluaskan lagi pengaruh dan memenuhi keperluan kumpulan penonton yang pelbagai.

Para pelanggan yang melanggan kepada Pakej Metro dinasihatkan untuk membiarkan set dekoder dalam keadaan ‘sedia’ selama 10 – 15 minit pada 1 Disember bagi mendapatkan saluran BIO.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan