Sampel DNA Michael Jackson Dibuat Minyak Wangi

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Michael Jackson (MJ) yang telah meninggal dunia dianggap boleh 'dihidupkan' lagi dengan berbagai cara. Salah satunya menerusi minyak wangi.

Ya, MJ 'hidup' lagi menerusi sebotol minyak wangi yang kini sedang laris dijual. Syarikat My DNA Fragrance yang menghasilkan minyak wangi tersebut.

Syarikat itu mengesahkan minyak wangi yang dijual mengandungi bahan-bahan dari sampel DNA asli milik penyanyi lagu 'Heal the World' itu. DNA diambil dari rambut MJ.

My DNA Fragrance mendapatkan rambut MJ daripada seorang lelaki bernama John Reznikoff. John merupakan salah seorang pengumpul rambut-rambut tokoh paling bersejarah di dunia. Antara yang dimiliki John adalah rambut MJ.

"My DNA Fragrance telah meneliti koleksi Reznikoff, dan kini kami mengembangkannya menjadi minyak wangi-minyak wangi eksklusif daripada para selebriti itu," beritahu My DNA Fragrance dalam kenyataan medianya.

Selain MJ, syarikat tersebut juga menjual minyak wangi yang dibuat daripada rambut Elvis Presley, Marilyn Monroe dan Napoleon Bonaparte.

"Penjualan terlaris kami adalah milik Elvis. Penjualan minyak wangi MJ pun cukup baik. Minyak wangi ini mengeluarkan bau yang sangat kuat namun tidak mengandungi alkohol," ujar pengurus syarikat itu, Carlton Enoch

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan