Konsert Earth, Wind & Fire Di Kuala Lumpur 3 Disember Ini

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGI penggemar muzik serantau terutama irama funk dan fusion, kini tiba peluang untuk merasai secara langsung persembahan daripada kumpulan Earth, Wind And Fire.

Dengan berkonsepkan African American R&B, kumpulan ini telah berkurun lamanya menempatkan diri mereka di hati peminat dengan karya yang tidak dapat dilupakan selaras dengan kemasyhuran mereka.

Earth, Wind And Fire telah berjaya mencatat Lapan No.1 lagu R&B dan Lapan Platinum Berkembar.

Konsert dibawah anjuran Offshore Entertainment Production and Lifestyle 7 bakal menampilkan kumpulan ini di Malaysia yang akan diadakan di Sunway Lagoon Surf Beach pada 3 Disember ini.

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1969 dengan penghasilan lebih 90 juta album solo seluruh dunia dan pernah dicalonkan di sebanyak 20 Grammy Awards dan memenangi enamdaripadanya bersama ahli kumpulan yang asal iaitu Maurice White dan Philip Bailey yang mendapat dua kemenangan setiap seorang.

Pada 2004, Earth, Wind And Fire menerima anugerah Gabenor - Akedemi Seni Rakaman & Sains Kebangsaan (N.A.R.A.S –National Academy of Recording Arts & Sciences- Signature Governor’s Awards).

Dengan secara rasminya di majlis berprestij ini menampilkan Rock & Roll Hall Of Fame dan The Vocal Group Hall of Fame, Earth, Wind And Fire dengan barisan ahli kumpulan asal yang menampilkan Philip Bailey, Verdine White dan Ralph Johnson bakal menggegarkan penonton di Malaysia dengan persembahan yang hebat dan bertenaga melalui irama berentak African, Amerika Latin, Funk, Soul, Pop, Rock, Jazz dan pelbagai lagi genre muzik yang lain.

Peminat di Malaysia bukan sahaja bakal didendangkan secara langsung dengan lagu-lagu hit dari 23 buah album mereka seperti “Keep Your Head To The Sky”, “Love’s Holiday”, “Common Children”, “ Evil”, “Shinning Star”, “That’s the Way of The World”, malah peminat juga diberi peluang untuk berhibur dengan dendangan lagu Hollywood Walk of Fame sebuah kumpulan yang menampilkan muzik mereka melalui filem animasi hit seperti Madagascar, Hitch, Caddyshack 11 dan Undercover Brother.

Penglibatan Earth, Wind And Fire selama 40 tahun didalam industri muzik dan hiburan ini tidak pernah dilihat kejatuhan mereka, malah mereka ini merupakan penghibur Afrikan-American pertama yang berjaya menjual habis tiket di Madison Square Garden, Amerika Syarikat dan sekaligus menobatkan mereka Anugerah Tiket Emas MSG (MSG Gold Ticket Award).

Dengan menerima Anugerah Rakaman Global Kristal Columbia (Columbia Records Globe Award) melalui penjualan album antarabangsa, mereka meneruskan perjuangan ke seluruh dunia dengan pencapaian pengikut atau peminat yang meluas sehingga ada antara mereka terdiri daripada pembesar-pembesar politik.

Pada awal tahun ini, Earth, Wind And Fire diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Obama dan isteri di Majlis Tari Menari Gabenor yang diadakan di White House, Amerika Syarikat.

Presiden Obama memberi ulasan didalam majalah Rolling Stone bahawa “Irama, muzik dan pop sebati dalam diri saya”.

Penyanyi dan selebriti terkenal seperti Beyonce, Usher, Prince dan Alicia Keys turut menjadikan Earth, Wind And Fire sebagai pengaruh muzik mereka.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan informasi mengenai Konsert Earth, Wind And Fire boleh mendengarkan stesen radio LiteFM selaku radio rasmi konsert ini dan menangi tiket percuma.

Jadi cepat! Dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang sangat dinanti-nantikan dengan menyaksikan persembahan hebat kumpulan African Amerika ini yang muziknya mempunyai elemen “penghayatan yang mendalam, susunan muzik yang halus dan irama yang menghangatkan”.

Tiket boleh didapati dengan harga RM888.00, RM688.00, RM388.00 dan RM158.00 yang akan mula di jual pada 1 November 2009 melalui kaunter tiket Axcess (www.axcess.com.my)

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan