Katrina Kaif Hidap Penyakit Kuning

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES jelita Katrina Kaif khabarnya mengidap penyakit kuning atau jaundis dan tahap hemoglobin rendah.

Semuanya berlaku di kala dia dikehendaki untuk mempromosikan filem barunya 'De Dana Dan" menyebabkan produksi filem itu menjadi kelam kabut.

Sepanjang minggu lalu, Katrina mengadu tidak sihat tetapi tidak mahu berehat kerana terlalu sibuk di set penggambaran.

Namun, apabila tiba hari Ahad, Katrina langsung tidak dapat turun dari katilnya dan dia terus berjumpa dengan doktor.

Setelah diperiksa, doktor mendapati dia mempunyai hemoglobin yang rendah. Dan dua hari selepas itu, doktor dapati dia mengidap jaundis pula.

Katrina telah diarahkan untuk berehat selama dua minggu. Bagaimana pun, Katrina berharap dapat kembali bekerja secepat mungkin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan