Rezeki Diana Danielle Makin Bertambah Selepas ‘Tragedi Oktober’

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana menafikan sudah 'tidak laku'. -foto The Star MOHD SAHAR MISNI
Diana menafikan sudah 'tidak laku'. -foto The Star MOHD SAHAR MISNI

MUNGKIN ramai yang menganggap pelakon, model dan penyanyi Diana Danielle sudah ‘tidak laku’ selepas menarik diri daripada teater ‘Natrah’ kerana isu bayaran pada Oktober lalu.

Namun gadis yang baru berusia 18 tahun pada 22 November lalu ini menafikan dakwaan itu lantas akui rezekinya semakin bertambah selepas ‘tragedi Oktober’ itu.

Pelakon yang mula menceburkan diri dalam lakonan menerusi filem ‘Idola’ sejak berusia sembilan tahun ini berkata kini dia sedang menjalani latihan untuk filem ‘... Dalam Botol’ dan menjadi jurucakap untuk beberapa produk seperti produk penjagaan kulit, tuala wanita, Brands Innershine dan jeans Levis.

“Alhamdulillah, saya tidak putus-putus mendapat rezeki untuk menjadi model iklan pada setiap bulan.

“Misalnya saya akan diumumkan menjadi jurucakap untuk sebuah produk penjagaan kulit dalam sebuah sidang media yang akan diadakan nanti. Jadi, saya perlukan rahsiakan dahulu mengenai produk itu.

“Brands Innershine juga masih memilih saya menjadi jurucakap mereka.

“Hari ini (semalam) saya akan menjalani sesi fotografi untuk iklan jeans terbaru Levis.

“Jadi, insiden itu (tarik diri dari Natrah) langsung tidak memberikan kesan buruk kepada karier saya.

“Lagipun, saya memang tak boleh berselindung semasa memberikan kenyataan sebelum ini. Kalau orang nak hakimi saya selepas itu, terpulanglah..saya tetap melakukan kerja saya seperti biasa,” jawab pelakon filem ‘Setem’ dan ‘Evolusi KL Drift’ ini.

Bayangkan, penyanyi yang turut popular menerusi single ‘Radio’ nyanyian bersama Imran Ajmain dan Nabil Raja Lawak ini hanya ‘pening’ selama dua hari untuk menjawab semua persoalan yang timbul apabila dia menarik diri daripada teater arahan pelakon dan sutradara Erma Fatima itu.

Bagi Diana, setiap perkara baik atau buruk yang berlaku dalam dirinya sentiasa menjadi ikhtibar sebagai panduan masa hadapan.

Katanya, ‘saya lebih bersyukur apabila dugaan itu lebih besar. Jadi, dari situ kita akan pelajari apa yang betul dan tidak sebelum mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati.’

“Apabila hati saya terlalu senang, terus saya fikir kenapa saya gembira sangat. Dari situ, saya dapat rasa mesti ada suatu perkara akan berlaku.

“Tetapi saya dah biasa lalui semua ini. Misalnya saya mengalami masalah insomnia yang datang tak menentu setiap bulan.

“Setakat ini, saya hanya bergantung kepada minuman kafein dan Livita untuk segar di pagi hari setelah berjaga pada waktu malam. Kadangkala tu, saya masih boleh ‘jogging’ di awal pagi.

“Kalau perkara ini memberikan kesan yang teruk, baru saya akan lakukan sesuatu. Saya rasa masalah ini berlaku mungkin sebab terlalu banyak fikir tetapi saya tidak tertekan,” ceritanya ketika ditemui di pejabat Suria FM sambil ditemani kawannya merangkap pembantu peribadi, Naim yang dikenalinya di lokasi penggambaran tambahan pula lelaki itu adalah penulis skrip.

Bercinta dengan gay

Kemunculan Diana menerusi telefilem slot Cerekarama di TV3 berjudul ‘Gondoruwo’ sedikit-sebanyak membuka mata orang tentang bakat lakonannya.

Lakonan mantap Diana menerusi ‘Gondoruwo’ sekaligus menolak ‘cakap-cakap’ orang tentang ‘pelakon cantik tidak semestinya pandai berlakon’.

Jadi, tidak mustahillah dia ditawarkan untuk berlakon filem ‘... Dalam Botol’ yang diarahkan oleh Khir Rahman dan diterbitkan oleh Raja Azmi.

Diana ditawarkan watak kekasih kepada Ruby lakonan Arja Lee. Sementara pelakon ‘otai’ Normah Damanhuri akan memegang watak ibu kepada Ruby.

Difahamkan Ogy Ahmad Daud juga akan berlakon dalam filem yang mengisahkan kehidupan gay ini tetapi setakat ini hal itu masih belum disahkan oleh pelakon itu.

Diana yang sudah aktif berlakon iklan sejak berusia sembilan bulan berkata apabila semakin banyak tawaran yang diberikan, dia perlu akur kepada tawaran yang mampu memenuhi jadual kerjanya.

“Jadual kerja saya bukan semua orang boleh ikut dan saya akan terima ‘job’ yang tidak bercanggah dengan jadual saya.

“Lagipun, saya sedang belajar kursus matrikulasi Bio-Sains di Universiti Nottingham (kampus Malaysia),” katanya yang turut tampil dengan single duet ‘Penyembuh Rindu’ dengan penyanyi, pelakon dan produser Mawi.

Berlakon sitkom terbitan Mawi

Selepas berduet dan berlakon dengan Mawi, khabarnya Diana akan disunting oleh ‘Raja SMS’ itu untuk berlakon sebuah sitkom terbitan syarikatnya, Mawi World (MW) Entertainment Sdn. Bhd.

Diana pernah bekerjasama dengan Mawi menerusi filem ‘Magika’ dan dia yang melakonkan watak Ayu telah merakamkan lima buah lagu dengan suami Ekin itu untuk filem arahan Edry Abdul Halim itu.

Selain ‘Penyembuh Rindu’, mereka turut berduet menerusi lagu ‘Kehilangan’, ‘Senyummu Lagi’ dan ‘Siapa Lagi Berkuasa’ dalam filem muzikal yang akan muncul di pawagam mulai 11 Mac depan.

Diana yang mesra dengan panggilan Di juga akui ‘tragedi Oktober’ membuatkan rakan-rakannya tidak putus-putus menyokongnya dan menganggap mereka semua masih sama seperti yang dia kenal 10 tahun lalu.

“Mereka percaya apa yang saya lakukan dan tahu yang saya jujur dengan apa yang dibuat,” katanya.

Tetapi apabila bertemu dengan rakan-rakannya, Diana jarang berbicara tentang karier sehingga ada kalangan mereka yang tidak mengetahui kerja yang sedang dilakukan sekarang.

Jelasnya ringkas, ‘saya tak suka bercakap tentang karier sebab penat’.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan