Rai Aidiladha Dengan Empat Telefilem Menarik Astro Prima

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara babak di dalam 'Tersungkur di Pintu Syurga'.
Antara babak di dalam 'Tersungkur di Pintu Syurga'.

SEPERTI sudah menjadi tradisi bagi saluran-saluran di Astro untuk memberi hiburan berterusan terutamanya pada setiap musim perayaan.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijangka jatuh pada hari Jumaat ini dijangka menjadi lebih menarik apabila Astro Prima telah membariskan empat buah telefilem hebat untuk tontonan seisi keluarga bermula dari malam Raya lagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima Nizam Sani, ”Kami tidak mahu ketinggalan untuk menyajikan program-program menarik di sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidiladha kerana percaya inilah masa terbaik bagi ahli keluarga untuk berkumpul bersama-sama di samping berkunjung ke rumah sanak-saudara.

”Telefilem-telefilem yang dibariskan di Astro Prima bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha ini dilihat amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan sarat dengan pelbagai mesej tentang pengorbanan yang menjadi intipati utama.

”Ramai pelakon-pelakon hebat terpilih dalam menjayakan telefilem-telefilem ini termasuk finalis program Anak Wayang sepetiI Hafiz dan Diyana yang ingin kami tonjolkan. Secara tidak langsung, kemunculan mereka pasti mengubat rindu peminat-peminat mereka.”

Keseronokan menonton telefilem-telefilem menarik di Astro Prima akan bermula sehari sebelum Hari Raya Aidiladha lagi.

TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA

Tarikh siaran & masa siaran: 26 November 2009 | Khamis | 9.00 malam

Tersungkur di Pintu Syurga adalah sebuah telefilem yang mengupas kehidupan suami isteri yang pada awalnya bahagia; Firdaus Alif (lakonan Namron) sebagai seorang pembuat bingkai gambar dan Masita Muhammad (lakonan Melissa Saila). Konflik bermula apabila Firdaus dikunjungi oleh seorang pelanggan yang juga rakan lamanya, Roslan. Menariknya, Roslan secara halus untuk menganut ajaran agama sesat yang diketuai oleh Gusti Rani (lakonan Ramli Hasan). Mesej mendalam tentang ketabahan seorang isteri yang berhadapan dengan permasalahan itu demi mempertahankan hak agamanya akan kepercayaan kepada Allah serta ketaksuban seorang suami terhadap ajaran sesat telah digarap dengan begitu halus oleh pengarah Fauziah Dato’ Ahmad Daud. Telemovie yang sarat dengan mesej tentang erti pengorbanan seorang isteri ini turut dibintangi oleh Dian P. Ramlee dan Prof. Izi Yahya.

PENGANTIN SATU MALAM

Tarikh siaran & masa siaran: 27 November 2009 | Jumaat | 12.00 tgh hari

Telefilem komedi lakonan hebat oleh Dato’ Yahya Sulong, Maimon Talib dan Zarina AF ini mengisahkan tentang Pak Mail dan Mak Leha yang telah berkahwin lebih daripada 30 tahun tetapi tidak mempunyai anak sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat, Zaiha. Zaiha dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan akhirnya dikahwinkan dengan Sulaiman. Pada suatu hari, Pak Mail dan Mak Leha mengambil keputusan untuk mengambil seorang pembantu rumah, Haryati. Haryati seorang yang cantik dan ringan tulang. Kecantikkannya telah menawan hati Pak Mail dan sering gila bayang.

ANAK KURANG DISAYANGI TUHAN

Tarikh siaran & masa siaran: 28 November 2009 | Sabtu | 12.00 tgh hari

Kisah tentang pengorbanan seorang anak terhadap bapanya jarang-jarang ditonjolkan di dalam sesebuah drama. Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha dan mengimbas kembali pengorbanan Nabi Ismail AS terhadap bapanya Nabi Ibrahim AS serta sejarah berlakunya korban. Telefilem ini telah digarap dengan begitu simbolik sekali tentang pengorbanan seorang anak angkat, Rocky (lakonan Hafiz Anak Wayang) yang sanggup mendermakan ginjalnya kepada bapa angkatnya yang menghidap penyakit barah tanpa pengetahuan sesiapa sehinggalah dia meninggal dunia. Telefilem ini menjadi bertambah menarik dengan lakonan ramai pendatang baru dan lama seperti Dayana Anak Wayang, Roslan Salleh, Maimon Mutalib, Rashdan Babab, Khatijah Ghani, Norhasliza Shadan dan Nadia Abdul Rahjiim

KENDERAAN KE SYURGA

Tarikh siaran & masa siaran: 28 November 2009 | Sabtu | 12.00 tgh hari

Telefilem komedi ini mengisahkan tentang pembalasan pelbagai kerenah anak-anak; Jaafar (lakonan Shaharudin Thamby) dan Malik (lakonan Esma Daniel) yang menjaga orang tua mereka; Tuk Hamzah (Dato’ Aziz Satar) semata-mata kerana dambakan harta dan kekayaan. Walau bagaimanapun, niat mereka yang serong itu dilihat Allah apabila segala cita-cita dan hasrat mereka tidak terlaksana seperti yang dirancang.

Jangan lupa untuk saksikan telefilem-telefilem hebat ini sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidiladha bersama ahli keluarga tersayang dan mendalami erti sebenar tentang pengorbanan hanya di Astro Prima (saluran 105).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan