Lelaki Gigit Gadis Ala-Drakula Setelah Habis Tayangan 'The Twilight Saga: New Moon' - Berita Hiburan | mStar

Lelaki Gigit Gadis Ala-Drakula Setelah Habis Tayangan 'The Twilight Saga: New Moon'

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hero filem 'The Twilight Saga: New Moon', Robert Pattinson.
Hero filem 'The Twilight Saga: New Moon', Robert Pattinson.

SEORANG gadis mendakwa dia telah digigit oleh seorang lelaki di lehernya ala drakula ketika sedang menonton filem 'The Twilight Saga: New Moon'.

Erin Westrate, 17 tahun, sedang menonton filem itu di Cinema Carousel, Norton Shores, England apabila seorang lelaki yang duduk di belakangnya membuat berbagai komen yang berbaur seksual.

Gadis itu berkata, pada satu ketika semasa menonton filem itu, dia memberitahu kawan di sebelahnya..."alangkah bagus kalau watak drakula Edward Cullen boleh menggigit saya."

Mendengar itu, lelaki di belakang Erin terus menjawab..."Bolehkah saya menggigit awak?"

Erin cuba mengelak tetapi sejurus filem itu habis tayangannya, lelaki itu terus menerpa dan menggigit Erin.

"Kami sedang berjalan dan saya berada dua kaki dari kerusi saya bila dia menarik rambut saya dan menggigit leher saya. Dia juga telah memberi senyuman yang sungguh menggerikan," kata Erin kepada Fox News.

Erin mendakwa, lehernya ada kesan gigitan itu tetapi lama-lama, kesan itu telah hilang.

Erin memberi gambaran lelaki itu berada dalam lingkungan 40-an, berkaca mata dan bermisai.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan