Alicia Keys Akan Perkenalkan Koleksi Perhiasan

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI R&B, Alicia Keys akan memperkenalkan koleksi perhiasannya tidak lama lagi.

Pemenang anugerah Grammy yang berusia 28 tahun ini, menggambarkan koleksinya itu sebagai benda berharga yang akan memberi inspirasi kepada para peminatnya.

Kata Keys, dia telah bekerjasama dengan pereka dari Kanada, Gisele Theriault, yang pernah menghasilkan produk "The Barber’s Daughters".

Koleksi perhiasan Keys dibuat dari perak dan bermacam jenis batu-batu yang akan diberi nama sempena tokoh-tokoh terkenal dunia seperti Gandhi, Buddha dan William Shakespeare.

"Ada juga perhiasan dari perak dengan tulisan 'I am a superwoman'," kata Keys ketika upacara melancarkan koleksi perhiasan itu di New York, Amerika Syarikat.

Semua koleksi perhiasan itu hanya akan berada di pasaran pada tahun 2010.

"Sebagai penulis lirik lagu, saya memang sukakan kata. Jadi, sesuai sekali kalau saya pilih kata-kata yang boleh buat orang terasa" kata Keys.

Keys berharap koleksinya boleh memberi inspirasi kepada ramai orang untuk berbuat lebih baik.

Semua perhiasan itu akan dijual di Collette Blanchard Gallery, New York dan harganya turut berbeza dari USD85 hingga USD2500.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan