Ahmad Dhani Naik Angin Bila Peminat Disergah Sekuriti

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VOKALIS Dewa 19, Ahmad Dhani tidak mampu mengawal emosinya apabila peminat-peminatnya dimarah sekuriti ketika dia membuat persembahan muzik, Playlist baru-baru ini.

Menurut laporan media Indonesia, Dhani begitu marah bila peminatnya dibentak sekuriti setempat.

Kejadian menjadi tidak terkawal bila peminat-peminat mula menjerit ke arah sekuriti.

Melihat ini, salah seorang petugas sekuriti menendang papan dekorasi Playlist yang dipasang di luar pintu studio.

"Dia kelihatan seperti kesal kerana peminat tidak mahu mengikut aturan," kata produser Munir Rahmat.

Kata Munir lagi, petugas sekuriti yang menendang papan itu dan bukannya Dhani, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Selepas saja shooting, tidak ada seorang pun wartawan yang berani temuramah Dhani yang kelihatan serius mukanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan