Pasha 'Ungu' Diserahkan Kepada Pihak Penguasa - Berita Hiburan | mStar

Pasha 'Ungu' Diserahkan Kepada Pihak Penguasa

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VOKALIS band Ungu, Sigit Purnomo Syamsuddin Said alias Pasha, akhirnya diserahkan kepada pihak penguasa Jawa Barat setelah didakwa mengasari bekas isterinya.

Menurut berita dari media tempatan Indonesia, Pasha, didapati melakukan kekasaran ke atas Okky Agustina Sofyan, bekas isterinya pada tahun 2007.

Pasha akan didakwa kerana melakukan penganiayaan dan kekerasan ke atas Okky. Jika sabit kesalahan, Pasha akan dihukum penjara maksimum dua tahun lapan bulan penjara.

Penyanyi lagu "Hatiku Hampa" akan diwakili peguamnya, Michael Pardede, SH.

Pasha dan Okky mempunyai tiga orang anak.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan