Filem Dracula Romantis Kalahkan Filem Kiamat "2012" - Berita Hiburan | mStar

Filem Dracula Romantis Kalahkan Filem Kiamat "2012"

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bintang utama filem 'The Twilight Saga: New Moon'.
Bintang utama filem 'The Twilight Saga: New Moon'.

KISAH drakula yang romantis 'The Twilight Saga: New Moon" berjaya mengalahkan filem kiamat "2012".

Menurut rekod yang dicatatkan, filem yang dibintangi oleh Robert Pattinson itu berjaya meraih pendapatan USD$258 juta.

Di Amerika Syarikat dan Kanada saja, selama tiga hari tayangan filem "The Twilight Saga: New Moon" mencatatkan penghasilan lebih dari USD$140 juta, meninggalkan fielm "2012" yang hanya beroleh USD$65 juta.

Begitu juga dengan tayangan di 25 buah negara lain, filem dracula ini membuat kejutan dengan pendapatan sebanyak USD$118 juta.

Filem karya Edward Cullen ini berjaya memikat peminat filem sejak ia ditayangkan minggu lalu.

Rekod terhebat yang pernah dicatatkan sebelum ini ialah "The Dark Knight" (USD$158) karya Christopher Nolan dan Spider Man 3 (USD$ 151 juta).

Siapa sangka, filem "The Twilight Saga: New Moon" ini juga mengalahkan sekuel terdahulunya "Twilight" dengan pendapatan (USD$69 juta) pada 2008.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan