DJ Tuah Telan Pil Kurus Hilangkan Boroi

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DJ Tuah kelihatan agak susut kebelakangan ini disebabkan pemakanan yang sihat.
DJ Tuah kelihatan agak susut kebelakangan ini disebabkan pemakanan yang sihat.

KALAU hendak diikutkan profesionnya, tidak ada siapa yang menjangka DJ Tuah Zoqarnain adalah seorang yang pemalu dan berdarah gemuruh.

Walau pun sudah berada dalam bidang pengacaraan selama lima tahun, Tuah masih belum mampu membuang sifat pemalunya.

"Saya ni pemalu tidak bertempat. Ramai yang tak sangka saya pemalu....ada yang beranggapan saya ni poyo dan sombong.

"Tapi sebenarnya saya memang susah nak mesra kalau baru berjumpa," kata pemuda kelahiran Ipoh ini.

Tuah juga tidak tahu bagaimana hendak mengatasi perasaan darah gemuruh yang dia ada. Puas diberi kata-kata semangat oleh rakan-rakan sekerja tapi Tuah tetap akan berpeluh dan berdebar sebelum tampil ke depan pentas.

"Darah gemuruh memang sudah sebati dengan saya. Tapi lama-lama tu, saya ok pula. Itu yang saya pelik.

"Kalau tanya kenapa saya masih 'nervous' sampai sekarang, itu adalah satu misteri....dan itu adalah masalah yang saya hadapi hingga sekarang," kata Tuah sambil tersenyum mesra menampakkan lesung pipit di pipinya.

Tuah yang kelihatan agak susut kebelakangan ini mengaku yang dia berusaha keras untuk mengekalkan badannya agar kelihatan lebih kemas dan 'tidak boroi.'

Menurut pengakuan jujurnya, dia pernah telan pil kurus yang digunakan untuk orang bina badan selama beberapa bulan hanya kerana tidak puas hati dengan badannya yang semakin gempal.

"Badan saya pernah naik mendadak hingga 10 kilogram. Waktu itu, saya berazam untuk kurus hingga terpaksa telan ubat kurus. Nasib baik saya tidak mengalami kesan sampingan yang serius. Cuma ada masalah jantung berdebar dan tangan menggeletar.

"Lama-lama tu, saya terbaca pasal kesan sampingan pil kurus. Saya panik juga. Bila saya fikir balik, elok saya amalkan diet yang sihat dari telan pil.

"Sejak hari tu, saya berusaha ke gym untuk kekalkan badan saya agar tidak boroi lagi. Dan inilah keputusannya....," jelas Tuah sambil menunjukkan badannya yang kurus.

Sungguh pun menjaga pemakanan, Tuah tidak menolak kalau kawan-kawan ajak keluar makan.

"Saya suka keluar makan ramai-ramai tapi saya lebih berdisiplin sekarang. Kalau dulu, saya tak kisah. Tapi sekarang, saya makan dalam kadar sederhana," jelas selebriti DJ SuriaFM yang popular dan ada rupa ini.

Walaupun mempunyai ramai peminat wanita, Tuah tidak pernah berasakan dirinya hebat.

"Ala....saya ni biasa saja. Peminat pun kenal saya sebab suara kot....," kata Tuah yang masih mengekalkan sifat rendah diri dan berhemah.

Kata Tuah, maknya selalu pesan agar pandai bawa diri dan hormat pada orang tua. "Insya Allah, saya tak lupa pesan mak saya," jelas anak kesayangan yang taat kepada ibunya ini.

Selain menjadi DJ, wajah Tuah sering dilihat di kaca TV kerana banyak berlakon dalam drama. Tapi sejak akhir-akhir ini, disebabkan kesibukan tugasnya sebagai DJ, dia terpaksa melupakan hasrat untuk bergerak aktif dalam lakonan.

"Saya memang minat berlakon dan selalu juga berlakon tapi kesempatan itu tidak ada kerana terlalu sibuk. Tapi jangan suruh saya menyanyi, suara saya flat...," jelas pemuda yang masih berstatus 'single ' ini.

Ramai yang tidak tahu, Tuah pernah memasuki pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan pada 90an untuk memulakan kerjaya seninya. Sebelum mengorak langkah di stesen sekarang, Tuah terlebih dahulu memulakan kariernya sebagai DJ di Radio Muzik pada tahun 2004.

Ternyata penghijrahan yang dilakukan dari Radio Muzik ke Suria FM membawa 'tuah' kepada DJ yang 'cute' ini.

Dengan personaliti yang menyenangkan serta keunikkan suara yang ada membuat Tuah senang diterima oleh pendengar Suria FM.

Tuah yang mempunyai panggilan comel "Tyzo" menyimpan cita-cita untuk menimba lebih banyak ilmu.

"Saya ingin dikenali sebagai seorang yang disegani dan dihormati masyarakat kerana bakat yang ada," kata pemuda yang murah dengan senyuman ini.

Setakat ini, nama DJ Tuah masih bebas dari sebarang gosip.

"Eloklah macam tu....saya kekok juga kalau ada yang gosipkan saya," kata Tuah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan