'Suara Hati' Fazli Zainal Atasi Kelemahan 'Kalbu'

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fazli Zainal belum selesai dengan isu lagu 'Kalbu' yang kurang mendapat perhatian sesetengah stesen radio tempatan. -foto mStar oleh SITI AZIRA
Fazli Zainal belum selesai dengan isu lagu 'Kalbu' yang kurang mendapat perhatian sesetengah stesen radio tempatan. -foto mStar oleh SITI AZIRA

PENYANYI Fazli Zainal sudah bosan memikirkan nasib yang menimpa lagu singlenya 'Kalbu'.

"Saya dah bosan....kerana ia masih berkisar isu yang sama. Lagu itu masih tidak dimainkan di beberapa stesen radio. Saya pun dah malas nak fikirkan lagi kenapa dan mengapa 'Kalbu' tak dimainkan," jelas Fazli yang berazam untuk teruskan saja karier seninya dengan menumpukan kepada lagu-lagu lain di dalam album 'Kalbu'."

Bagi Fazli, apa pun 'kekurangan' lagu 'Kalbu', dia sudah boleh menerimanya dengan hati terbuka.

Episod lagu tersebut tidak dimainkan di corong radio telah meninggalkan impak yang besar pada diri Fazli secara peribadi.

"Kadang-kadang kita tidak boleh memuaskan hati kita saja. Banyak perkara yang kita terpaksa kompromi untuk membuat lain orang gembira. Apa yang kita anggap tidak sedap, pada orang lain sedap pula. Perkara-perkara beginilah yang kita perlu akur dan banyak mengajar kita untuk muhasabah diri," kata penyanyi berusia 32 tahun ini.

Katanya lagi, "Mungkin peminat tidak suka saya membuat perubahan dari segi vokal kerana sudah terbiasa mendengar saya menyanyi lagu bernada tinggi. Sukar juga saya hendak menerima kenyataan ini tapi apa boleh buat, saya terpaksa akur dengan kehendak peminat," kata Fazli.

Bagi penyanyi kelahiran Johor Bharu ini, sekarang bukan masa untuk dia berkeluh kesah tentang nasib 'Kalbu' lagi.

Selepas 'Kalbu', kini Fazli ingin promosikan lagu 'Suara Hati' dan 'Lambaian' (oleh komposer Sharon Paul) dan 'Bukan Yang Terakhir' (oleh komposer Hazami).

"Mereka yang suka menyanyikan lagu bernada tinggi tentu akan puas mendengar Suara Hati dan Bukan Yang Terakhir. Kadang-kadang saya hairan kenapa susah sangat hendak puaskan hati pendengar.

"Perkara ini terlalu rumit sebenarnya untuk dikupas kerana kuasa sebenar terletak pada pendengar. Hendak tak nak, kita kena ikut rentak mereka," katanya sedikit terkilan.

Pemuda yang suka membuat perubahan dan selalu mengejar kesempurnaan ini tidak pernah putus asa. Kemusykilan masih bersalut tebal tentang apa yang pendengar inginkan.

"Seperti lagu Krisdayanti 'Aku Wanita Biasa' yang tidak ada klimaks dan bersifat mendatar, saya hairan kenapa ia mendapat tempat. Kebanyakan lagu-lagu urban seperti yang ditulis oleh komposer Azlan Abu Hassan, selalu bersifat mendatar tapi tidak pula diterima dengan baik di sini. Saya hairan betul.

"Siapa yang tidak kenal Azlan Abu Hassan? Lagu-lagu top seperti 'Izinku Pergi' (kaer), 'Dingin' (Ziana Zain) dan 'Terlalu Istimewa' (Adibah Nor) semuanya ciptaan Azlan.

"Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya...adakah orang tak suka lagu Azlan atau tak suka cara saya menyanyi? Jawapannya hanya ada pada peminat...," kata Fazli yang mempunyai sikap berterus terang ini.

Fazli akui hingga saat ini, peminat masih meminta lagu popularnya 'Harapan' dan 'Sejuta Nafas Cinta' daripada album pertama.

"Lagu 'Sejuta Nafas Cinta' itu cukup sukar untuk dibawa. Kadang-kadang saya seperti tidak cukup stamina hendak bawa lagu itu tapi di mana-mana pun itu lah lagu yang diminta," kata Fazli yang mula mencipta nama dengan lagu 'Harapan'.

'Harapan', yang juga album sulung Fazli itu turut dicalonkan dalam kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-22 pada 2007.

"Saya cukup hargai sokongan peminat kerana mereka tidak jemu menyokong karier saya selama ini. Walaupun mereka memberi signal yang berbeza pada lagu-lagu saya, saya tetap ucapkan terima kasih.

"Apa pun, apa yang dapat saya rumuskan.....lagu sedap tetap sedap," kata Fazli meletak titik nokhtah pada perbualan petang itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan