Hudson Anggap Winnie Mandela Tokoh Luar Biasa Yang Kompleks

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

APABILA ditawarkan watak Winnie Mandela, isteri bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, aktres Jennifer Hudson terus menerimanya tanpa berfikir dua kali.

Bagi Hudson, Winnie mempunyai peranan penting dalam sejarah dunia.

"Ianya satu penghormatan besar dan saya tidak tunggu lama untuk bersetuju menerima tawaran ini," jelas Hudson.

Hudson yang dilahirkan di Chicago, Illinois ini menggambarkan Winnie Mandela sebagai tokoh luar biasa yang memiliki kehidupan kompleks.

"Ianya adalah sebahagian sejarah yang harus ditampilkan," ujar Hudson tentang filem yang bakal diarahkan oleh pengarah Afrika Selatan, Darrell J Roodt.

Roodt lebih dikenali kerana mengarah filem "Cry", "The Beloved Country", dan "Sarafina".

Selama 27 tahun Nelson Mandela dipenjara, Winnie Madikizela-Mandela tidak pernah jemu berkempen untuk membebaskan suaminya.

Meskipun begitu, timbul juga cerita negatif lain tentang Winnie yang mengaitkannnya dengan skandal penculikan dan pembunuhan aktivis muda.

Winnie bercerai dari Nelson Mandela pada 1992, tiga tahun setelah Nelson dibebaskan.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan