Bekas Isteri Mengaku Dikasari Pasha Hingga Luka Di Otak

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasha (tengah) bersama rakan dari band Ungu yang lain.
Pasha (tengah) bersama rakan dari band Ungu yang lain.

OKKY Sofyan, bekas isteri vokalis band Ungu, Sigit Purnomo alias Pasha, mendakwa beliau pernah didera oleh Pasha pada 2007.

Okky mendakwa Pasha telah mengasarinya sehingga dia mengalami luka pada bahagian depan otak.

Okky telah memfailkan pertuduhan baru ini ke pihak pengadilan untuk membuktikan bahawa penyanyi lagu 'Hampa Hatiku' itu selalu memukulnya sejak mereka berumah tangga pada 2007.

"Saya tidak sempat membuat laporan dan kerana kejadian itu berulang-ulang.

"Hasil dari pemeriksaan doktor menunjukkan memang ada luka di kepala dan pendarahan di otak depan," kata Okky.

Okky mengaku yang Pasha memukulnya kerana dia terlalu marah ketika itu.

Meskipun diperlakukan kasar oleh Pasha, Okky tidak terus melaporkannya ke pihak berkuasa.

"Saya tidak mahu laporkan kerana memikirkan nasib anak-anak dan mengenangkan dia masih suami," jelas Okky.

Kata Okky, dia hanya sempat memberitahu pengurus Unggu bahwa dia tidak sanggup lagi diperlakukan demikian dan ingin membuat pengaduan ke pihak pengadilan.

Tapi bila pengurus Ungu berdepan dengan Pasha, penyanyi itu terus melempias marah kepada Okky.

Akibatnya, Okky diseret dari dalam pagar hingga ke dalam garaj.

Akibat kecederaan di otak itu, Okky mendakwa sering merasakan ngeri di kepalanya.

"Hingga sekarang, saya masih terasa pening-pening kepala," jelas Okky yang mempunyai tiga orang anak dengan Pasha.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan