Azwan Ali Nekad Kuruskan Badan Setelah Terima 'Lamaran'

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara terkenal Azwan Ali masih berteka teki tentang lamaran yang baru diterimanya
Pengacara terkenal Azwan Ali masih berteka teki tentang lamaran yang baru diterimanya

LAMARAN yang datang dengan tidak disangka-sangka baru-baru ini menyebabkan personaliti terkenal Azwan Ali terkedu dan tidak habis-habis memanjatkan kesyukuran kepada tuhan.

"Mula-mula tu saya rasa gembira sangat bila menerima perkhabaran tentang lamaran itu. Tapi tak lama selepas itu, saya jadi hiba pula....

"Siapa sangka saya akan dapat rezeki begini. Tapi tak payah lah diberitahu bentuknya kerana tidak manis dihebahkan dulu...," kata Azwan ketika dihubungi.

Jelasnya lagi, "Semuanya berlaku dengan begitu cepat sekali. Dan saya sendiri terasa begitu besar nikmat dan limpah kurniaNya kerana dalam ramai-ramai orang, saya yang dipilih."

Bagi Azwan, lamaran yang diterimanya itu membuat dirinya berasa begitu kerdil sekali kerana tidak sangka masih ada yang meminatinya.

"Sebenarnya saya jadi berdebar setelah mendapat lamaran itu. Insya Allah, kalau tidak ada halangan, ianya akan membuat hidup saya menjadi lebih rancak lagi selepas ini.

"Perbincangan sudah pun dibuat. Tapi sebelum hebahan pengumuman penting itu, saya nekad untuk menguruskan badan saya supaya penampilan saya lebih bergaya pada hari istimewa itu," kata Azwan yang terus berteka-teki tentang lamaran yang baru diterimanya.

Kata Azwan lagi, dia berazam untuk menguruskan badannya pada berat ideal 65 kilogram kerana "ianya hari istimewa. Jadi saya hendak meraikan hari itu dengan bentuk badan yang baru juga."

Pengumuman penting itu akan dibuat pada 13 Januari, sebulan sebelum 'tarikh keramat' dan juga hadiah hari jadi Azwan Ali yang ke-44 tahun iaitu 14 Februari.

"Sejak balik umrah, saya sudah puas cuba menguruskan badan. Sekarang saya mempunyai berat badan 81 kilogram. Saya harap dapat menurunkan berat badan saya sebelum tarikh itu," jelas Azwan yang juga seorang pengarah dan penulis skrip.

Antara perkara pertama yang akan dilakukan oleh selebriti yang pernah diuliti kontroversi satu waktu dulu, ialah pergi ke gym.

"Selain pergi ke gym, saya akan bersukat makan nasi untuk kuruskan badan kerana maklumlah saya masih gebu. Kalau boleh, saya tidak akan sentuh nasi pun kerana saya berangan hendak turunkan badan saya," kata bekas graduan lulusan undang-undang ini.

Azwan begitu nekad untuk kuruskan badannya kerana imej barunya itu akan ditunjukkan 'buat pertama kalinya' sebelum tarikh 25 Disember.

Mungkinkah semua persiapan ini kerana Azwan akan berkahwin?

"Mungkin juga....kalau seruan dah sampai. Saya rasa layak sangat untuk saya bergelar suami," jelas Azwan yang ingin merahsiakan lamaran yang diterimanya.

Kata Azwan lagi, desas-desus samada dia akan mendirikan rumahtangga akan terjawab juga pada penghujung tahun ini.

"Ibu saya, Mak Tom, adalah orang yang paling gembira....

"Kalau saya berkahwin, pencarian saya adalah gadis sesuci wajah Datuk Siti Nurhaliza," jelas Azwan yang pernah putus cinta satu ketika dulu.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan