'Turban' Yasmin Yusoff Curi Pandangan Di IFF 2009

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Betapa jelitanya bekas Ratu Cantik Malaysia, Yasmin Yusoff ketika mengenakan turban bersama busana Muslimah di IFF baru-baru ini
Betapa jelitanya bekas Ratu Cantik Malaysia, Yasmin Yusoff ketika mengenakan turban bersama busana Muslimah di IFF baru-baru ini

PENGACARA terkenal Datuk Yasmin Yusoff telah mencuri pandangan ramai yang hadir apabila dia dengan selambanya muncul mengenakan 'turban' mengacarakan "Islamic Fashion Festival' (IFF) di JW Mariott semalam.

Pesona yang dipamerkan Yasmin begitu menyerlahkan keterampilannya. Selalunya, Yasmin lebih gemar berpakaian santai dan ranggi.

DJ yang terkenal satu ketika dulu telah memakai 'turban' berwarna biru dan dipadankan dengan busana muslimah rekaan Datuk Tom Abang Saufi.

Yang membuat Yasmin lebih teruja, apabila hampir semua orang yang melihat penampilan barunya itu akan menyapa dan memujinya.

"Ini bukan kali pertama saya memakai 'turban'. Sewaktu 'Fashion Of the 80's' dulu, saya pernah menggayakan fesyen yang sama. Tapi itu cerita lama lah...," jelas selebriti yang masih aktif dalam bidang pengacaraan korporat ini.

Katanya lagi, "Hampir setiap orang yang melihat saya berturban akan berhenti dan memuji hinggakan saya jadi kekok. Oleh kerana terlalu ramai yang memuji, saya terpanggil untuk merakamkan foto sendiri untuk ditunjukkan kepada suami saya."

Selain 'turban', busana campuran berwarna biru kusam dan kelabu yang dikenakan Yasmin turut membuat imej barunya tampak jauh lebih menyerlah.

Sesuai pula dengan tubuh badannya yang tinggi lampai, rekaan Tom membuat Yasmin tampil lebih langsing dan menarik.

"Saya benar-benar kagum dengan rekaan Tom Abang Saufi terutama baju muslimahnya. Ia kelihatan begitu classy, elegant tetapi simple," jelas pelakon terkenal dan bekas Ratu Cantik Malaysia ini.

Buat kali kelapan, IFF muncul lagi dan pada tahun ini mulai 23 hingga 25 November, tarikan rekaannya lebih bergaya dan stailo bertepatan dengan koleksi busana muslimah.

Sudah tiga tahun penganjuran IFF dan festival fesyen Islam ini sudah menjadi landasan kepada pereka untuk lebih dikenali. Malah, ia turut mencatatkan nama Malaysia sebagai hub fesyen Muslimah.

Menurut Yasmin, gaya pemakaian Muslimah sudah banyak divariasikan dalam pelbagai bentuk.

"Rekaan yang dipamerkan begitu cantik sekali. Sama juga seperti apa yang saya pakai hari ini...ia benar-benar satu transformasi baru. Dunia fesyen Islam sudah berubah banyak dan ini adalah petanda yang sungguh membanggakan," kata Yasmin.

Antara pereka yang mengambil bahagian pada IFF tahun ini ialah Hajaba, Rudy Chandra (Indonesia), Royal Terengganu Songket, Hana Sadiq (Jordan), Galia Galadari (UAE), Tom Abang Saufi, Nadia Chawad (Morocco), Itang Yunasz (Indonesia), Amir Luqman, Ida Royani (Indonesia), Ghalia Galadari (UAE), Anya Hindmarch (UK), Albert King, Nadia Chawad (Morocco), Ghea Panggabean (Indonesia), Dezaine, Khadani, Khoon Hooi, Deden Siswanto (Indonesia) dan Melinda Looi, Oscar Lawalata (Indonesia), Radzuan Radziwill, Etro (Itali) dan Jamal Taslaq (Palestine).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan