Sarimah Terpaksa Keluar dari 'Comfort Zone' Untuk Mengacara 'The Biggest Loser Asia'

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sarimah sedang berbincang dengan sebuah syarikat rakaman mengeluarkan album terbarunya.
Sarimah sedang berbincang dengan sebuah syarikat rakaman mengeluarkan album terbarunya.

RANCANGAN “The Biggest Loser Asia” yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim bagaikan mimpi menjadi kenyataan bagi selebriti terkenal ini sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Rancangan itu yang memaparkan peserta dari beberapa negara Asia termasuk Malaysia bertanding untuk menurunkan berat badan mereka. Program itu akan ke udara di Saluran "Hallmark" (702) pada 9 malam ini.

“Mengacara rancangan ini merupakan satu peluang yang besar bagi saya kerana ia dapat ditonton oleh rakyat Asia dan bukan sahaja rakyat Malaysia seperti sebelum ini.

“Malah, saya tidak terkata apabila melihat wajah saya di cover majalah ‘Shape’, sebuah majalah kesihatan. Ini kerana saya bertubuh gempal suatu masa dahulu dan kini semuanya telah berubah,” kata Sarimah apabila dihubungi semalam.

Anak kacukan Irish-Melayu ini berjaya menurunkan berat badannya dengan mempelajari Karate, Pilates dan dengan membuat senaman kardio.

“Seseorang tidak hanya boleh menjaga berat badannya dengan hanya berdiet. Senaman dan permakanan seimbang amat penting bukan sahaja untuk memiliki bentuk badan yang menarik tetapi juga untuk mengamalkan cara hidup sihat,” jelas Sarimah lagi.

Bercakap mengenai cabaran yang dihadapi semasa penggambaran rancangan realiti itu, Sarimah pernah berasa gementar kerana mengacara rancangan yang besar seperti ini memerlukankannya untuk keluar dari “comfort zone.”

“Saya memang sudah biasa mengacara dan berlakon dalam banyak rancangan-rangancan tempatan. Tetapi rancangan ini adalah satu tugas yang besar kerana akan ditonton oleh masyarakat di serata Asia.

“Sebelum ini saya dikenali kerana sikap saya yang suka berlawak jenaka dan santai semasa mengacara.

“Tetapi program “The Biggest Loser Asia” memerlukan saya untuk bersikap serius kerana ini menglibatkan satu proses transformasi peserta rancangan itu sendiri,” kata Sarimah.

Program ini masih dalam proses rakaman.

Pengacara yang berkulit putih gebu ini mengeluarkan album pada tahun 2001 berjudul ‘Sarimah.” Beliau pernah menggondol anugerah “Best New Comer” dalam Anugerah Industri Muzik (AIM).

“Saya sedang mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat rakaman untuk mengeluarkan album baru, tetapi belum menandatangani apa-apa kontrak lagi,” kata Sarimah yang bercerai pada akhir tahun lepas.

Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah selama tiga tahun.

Selain itu, wanita yang berumur 31 tahun ini juga bercadang untuk memulakan rangkaian produk kesihatan dibawah namanya.

“Saya ingin membantu golongan wanita yang perlu melakukan pelbagai tugas pada satu-satu masa. Mereka bukan sahaja perlu memasak dan menjaga rumah malah terpaksa keluar untuk mencari nafkah.

“Kesihatan mereka haruslah dijaga dan dititikberatkan. Wanita perlulah menjaga diri mereka supaya mereka boleh menjaga keluarga mereka,” ujar Sarimah lagi.

Sementara itu, wanita yang petah berbahasa Inggeris ini juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat tempatan untuk mencapai impiannya itu.

Sarimah juga bercadang untuk mengeluarkan rangkaian pakaian yang sesuai dengan budaya tempatan suatu hari nanti.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan