Ida Nerina-Sha'arin Sudah Lebih Dua Bulan Tidak Tinggal Sebumbung

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sha'arin ketika hadir di mahkamah seorang diri tanpa isterinya, Ida Nerina hari ini. -foto Utusan
Sha'arin ketika hadir di mahkamah seorang diri tanpa isterinya, Ida Nerina hari ini. -foto Utusan

SEBUTAN kes cerai pelakon Ida Nerina Hussain dan suaminya, Sha’arin Mohd Razali terpaksa ditangguhkan ke tarikh 22 Disember depan, pukul 9 pagi kerana pelakon itu tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin telah mengarahkan peguam syarie Mahyuddin Md Zahari mewakili Sha’arin untuk melayangkan surat saman agar pelakon itu hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

Sementara itu, ketika perbicaraan kes yang berlangsung pada 11.35 pagi semalam, Sha’arin yang membuat permohonan cerai itu ada menyebut yang dia telah memaklumkan kepada Ida melalui telefon.

“Saya dah hubungi dia tetapi dia tidak menjawab telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) (tentang kes hari ini), tetapi dia tidak membalasnya,” kata Sha’arin ketika menjawab soalan Hakim Syarie.

Sha’arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin Blackrose juga memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan lalu.

Hakim Syarie: Masih tinggal bersama? Sha’arin: Saya sudah tidak tinggal bersama (dengan Ida) dalam dua hingga tiga bulan lalu sejak melafazkan cerai pada bulan September. Hakim Syarie: Siapa tinggalkan siapa? Sha’arin: Saya tinggalkan dia. Hakim Syarie: Sekarang kamu tinggal di mana? Sha’arin: Saya tinggal dengan keluarga di Kuala Lumpur. Hakim Syarie: Siapa yang tinggal di rumah kamu sebelum ini? Sha’arin: Ida yang tinggal di rumah kami bersama orang gaji.

Sha’arin: Saya sudah tidak tinggal bersama (dengan Ida) dalam dua hingga tiga bulan lalu sejak melafazkan cerai pada bulan September.

Hakim Syarie: Siapa tinggalkan siapa?

Sha’arin: Saya tinggalkan dia.

Hakim Syarie: Sekarang kamu tinggal di mana?

Sha’arin: Saya tinggal dengan keluarga di Kuala Lumpur.

Hakim Syarie: Siapa yang tinggal di rumah kamu sebelum ini?

Ketika di luar mahkamah, Sha’arin sekali lagi menegaskan yang dia tidak tahu sebab isterinya tidak menghadirkan diri ke mahkamah.

“Saya tak tahu kenapa Ida tak datang...mungkin dia tak tahu,” jawabnya ringkas yang turut tidak mahu mengulas lanjut tentang sebab dia menceraikan Ida.

Sha'arin bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“No komen. Saya tak nak jawab kerana ini hal peribadi saya.”

Sha’arin juga muncul di mahkamah sejam setengah lewat. Beliau kelihatan serius dan seperti tidak mahu diganggu.

Beliau yang mengenakan baju kemeja putih dan seluar berwarna coklat muda beserta cermin mata hitam sempat menghantar SMS berbunyi:

“Ini hal peribadi kami. Harap awak dapat faham dan menghormati kehendak kita. Kenapa patut nak cerita pasal orang tengah susah?

"Kalau terjadi kat ahli keluarga awak pasti awak tak suka kalau ada orang ganggu. Harap faham...

“Lebih baik awak cerita pasal hal yang baik dari hal macam ini. Saya rasa kurang elok la apa yang awak buat ini.”

Ida juga gagal dihubungi ketika mahu mendapatkan penjelasan wanita itu.

Sementara itu, Mahyuddin yang baru dilantik oleh Sha’arin selaku peguamnya pada minggu lalu berkata dia akan mengirimkan surat saman kepada Ida dalam masa secepat yang mungkin.

Jelasnya, jika Ida masih gagal menghadirkan diri selepas surat saman itu diberikan kepadanya, mahkamah akan mendengar dan memutuskan perbicaraan kes ini tanpa kehadirannya di bawah Seksyen 121 (1)(b) Akta Tatacara Mal Wilayah Persekutuan 1998.

Pada Hari Raya Puasa kedua lalu, suami Ida didakwa telah melafazkan cerai terhadap pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Anak’ itu.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Dimaklumkan, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida.

Pada 9 Oktober lalu, Sha'arin telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu.

Pada 21 Jun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Sebelum ini, pengurus peribadinya, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah.

Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.

Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan