Ariel Peterpan Tidak Kekok Jadi 'Sang Pemimpi'

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dari kumpulan Peterpan, Ariel akhirnya bersetuju mengorak langkah ke dunia lakonan apabila bersetuju berlakon dalam filem 'Sang Pemimpi' di bawah produksi Mira Lesmana.

Menurut Mira, Ariel dipilih kerana kualiti yang ada padanya dan bukan kerana nama yang dia ada.

"Ada beberapa kriteria yang ada pada Ariel seperti raut wajah dan filem ini memerlukan seseorang yang ada latar belakang tentang muzik dan nama Ariel yang disebut-sebut," jelas penerbit Mira Lesmana.

Menurut Mira, Ariel iaitu kekasih kepada Luna Maya, seorang aktres, begitu teruja saat menerima tawaran Mira.

"Ariel begitu gembira dan terus minta dikirimkan buku untuk dibaca. Ini sesuatu yang mengagumkan kerana saya tahu dia seorang bintang besar.

"Saya yakin Ariel dengan caranya bisa mengatur semuanya," kata Mira.

Tambah Mira,"Dia sudah pun menjalani script reading dengan beberapa aktor popular.

"Filem ini menceritakan masalah yang harus dihadapi pada masa remaja yang mempunyai banyak tentangannya. Bukan saja masalah kemiskinan tapi juga pencarian jati diri," jelas Mira.

Filem "Sang Pemimpi" adalah sambungan dari filem "Laskar Pelangi". Khabarnya, filem ini akan membuka tirai Jakarta International Film Festival 2009 (JIFFest 2009), yang akan diadakan di Blitz Megaplex Grand Indonesia, Jakarta pada 4 Disember akan datang.

"Sang Pemimpi", diangkat dari novel karya Andrea Hirata dan diarahkan oleh Riri Riza.

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan