Selebriti Meninggal Dunia Yang Berpendapatan Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yves Saint Laurent bergambar selepas satu sidang akhbar di Paris pada tahun 2002. -Foto REUTERS
Yves Saint Laurent bergambar selepas satu sidang akhbar di Paris pada tahun 2002. -Foto REUTERS

BAGAIMANA selebriti-selebriti yang telah meninggal dunia masih meraih pendapatan berjuta-juta setiap tahun?

Mereka boleh berbuat demikian menerusi perniagaan perlesenan dan barangan yang berkaitan dengan mereka.

Selain itu, hasil jualan pelbagai muzik, buku dan filem selebriti tersebut juga meraih pendapatan lumayan.

13 ikon yang tersenarai dalam senarai Forbes, "The Top-Earning Dead Celebrities" misalnya dilaporkan meraih AS$886 juta (lebih RM3 bilion) untuk tempoh 12 bulan terdahulu.

Ikon fesyen, Yves Saint Laurent (YSL) julung kali menduduki tangga teratas di carta itu. Selepas YSL meninggal dunia, estet mendiang dijual sebanyak AS$350 juta (RM1.1 bilion).

Pada Februari lalu, rumah lelong 'Christie' telah menjual kebanyakan barang kepunyaan YSL termasuk hasil seni, antik dan perabot untuk AS$443 juta (RM1.5 bilion) dalam tempoh tiga hari sahaja.

Selepas ditolak komisen, hasil jualan itu diagihkan kepada Yayasan Pierre Berge-Yves Saint Laurent dan sebuah kumpulan kebajikan lagi.

Kumpulan kebajikan itu mengumpulkan dana bagi membiayai penyelidikan saintifik untuk membendung AIDS.

Menduduki tempat kedua dalam carta itu ialah legenda Broadway iaitu Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein.

Kedua-dua mereka menulis lirik lagu untuk beberapa persembahan hebat seperti 'Oklahoma', 'South Pacific', 'The King and I' dan 'The Sound Of Music'.

Rodgers dan Hammerstein memperoleh AS$235 juta (RM797 juta) hasil jualan organisasi 'The Rodgers & Hammerstein' serta hak-hak muzik yang dicipta oleh mereka.

Untuk disenaraipendekkan dalam carta "The Top-Earning Dead Celebrities" tersebut, seseorang selebriti itu perlulah meraih sekurang-kurangnya AS$ 6 juta (RM20 juta) antara 1 Oktober 2008 hingga 1 Oktober 2009.

Sementara itu, Michael Jackson berada di tangga ketiga.

Dalam tempoh empat bulan selepas kematian mengejutnya, harta pusaka Raja Pop telah merekodkan perolehan sebanyak $90 juta (RM305 juta).

Ahli-ahli keluarga telah menjual kira-kira 9 juta album di seluruh dunia selain lebih 5.5 juta muat turun digital.

Dalam perkembangan berkaitan, Sony membelanjakan AS$60 juta (RM203 juta) untuk hak mengeluarkan "This Is It", dokumentari mengenai rakaman raptai bagi 50 konsert di O2 Arena, London.

Wang pendahuluan sebanyak AS$60 juta (RM203 juta) itu diagihkan antara estet Jackson dan penganjur konsert AEG.

Estet, AEG dan Sony dilaporkan akan berkongsi keuntungan daripada dokumentari tersebut.

Barang-barang dagangan untuk konsert itu laris dijual dalam talian.

Elvis Presley menduduki tempat keempat. Raja Rock 'n' Roll itu berpendapatan AS$55 juta (RM186 juta) dalam tempoh setahun itu.

Di tempat kelima ialah pengarang J.R.R. Tolkein. Estetnya bernilai AS$50 juta (RM169 juta).

Nama-nama selebriti yang "tergugur" dari senarai ialah Marilyn Monroe, James Dean dan Steve McQueen.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan