Filem romantis puntianak 'New Moon' pecah rekod box office

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara rancangan bual bicara NBC, Matt Lauer (kiri) menemuramah aktor Robert Pattinson tentang filem terbarunya,
Pengacara rancangan bual bicara NBC, Matt Lauer (kiri) menemuramah aktor Robert Pattinson tentang filem terbarunya, "The Twilight Saga: New Moon" di New York pada 19 November 2009. -Foto AP

FILEM romantis puntianak berjudul 'The Twilight Saga: New Moon' memperoleh hasil jualan tiket sebanyak AS$26.3 juta (RM89 juta) bagi box office Amerika Utara untuk kategori tayangan pada waktu tengah malam.

Rekod ini sekali gus memecahkan rekod yang dicipta oleh filem 'Harry Potter and the Half-Blood Prince'.

Terdahulu, para penganalis box office di Los Angeles menjangkakan filem tersebut meraih kira-kira AS$100 juta (RM339 juta) pada minggu pertama tayangan.

Menurut Summit Entertainment (SE), hasil jualan tiket sebanyak AS$26.3 juta itu meletakkan filem itu di tangga pertama pada carta box office.

SE ialah studio bebas di sebalik pembikinan filem tersebut.

"Maklum balas luar biasa para penonton itu merupakan petanda bahawa filem itu mungkin muncul sebagai salah satu filem terunggul pada tahun ini.

"Ia juga menggambarkan keghairahan dan keterujaan pelbagai pihak untuk menontonnya yang juga susulan kepada filem 'Twilight' pada tahun lalu," kata Paul Dergarabedian, ketua bahagian pemantauan box office Hollywod.com dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

Filem 'New Moon' memaparkan percintaan ekstrem antara pelajar sekolah tinggi Bella Swan (lakonan Kristen Stewart) dan Edward Cullen (Robert Pattinson), puntianak yang hidup selama-lamanya.

Walaupun filem itu memecahkan rekod jualan tiket, ia masih mengundang kritikan daripada pihak tertentu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan