Anggun Ditegur Kerana Biarkan Konsert Ditaja Jenama Rokok

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Anggun ditegur baru-baru ini kerana membiarkan konsert tournya ditaja oleh jenama rokok.

Sebagai duta Food and Agriculture Organization (FAO), Anggun telah dikritik kerana konsert tournya di Indonesia tahun ini disponsor oleh sebuah syarikat perusahaan rokok.

Namun, Anggun tidak puas hati apabila dikritik hebat dan terus mengutarakan pendiriannya ke kementerian berkaitan di Jakarta. Anggun rasa dirinya dikhianati.

Bantahan itu telah disampaikan kepada Anggun oleh Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA).

Sebagai Duta FAO, Anggun mempunyai misi memerangi kelaparan dan kemiskinan. Ini jelas bertentangan kerana rokok merupakan salah satu penyebab kemiskinan.

"Saya hairan kenapa Komnas PA hantar surat ke pihak pengurusan FAO dan bukan terus kepada saya," kata Anggun.

Tambahnya lagi, "Mereka memang pernah melihat saya merokok. Ada orang yang merokok juga tapi saya tidak pernah mengajak. Itu pilihan mereka sebagai gaya hidup.

"Jadi, kalau mereka menuduh saya mempromosikan rokok, apa buktinya? Saya bukan dibayar oleh perusahaan rokok. Hampir semua event di Indonesia mempunyai kaitan dengan rokok," jelas penyanyi kelahiran Jawa yang nama sebenarnya ialah Anggun Cipta Sasmi ini.

Menurut Anggun, ia tidak mengetahui secara terperinci isi kontraknya.

"Di panggung tidak ada logo rokok dan sponsor itu tidak ada hubungannya dengan artis.

"Kalau ada event, pengurus saya yang akan menandatangani kontrak dengan pihak promoter. Saya dikontrak untuk membuat lima konsert dan sebagai penyanyi saya harus hormati kontrak itu. Tapi saya sudah minta pihak sponsor mengurangi promosi mereka di konsert saya," jelas Anggun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan