Arnold Schwarzenegger Akan Berhenti Dari Dunia Politik Pada 2010 - Berita Hiburan | mStar

Arnold Schwarzenegger Akan Berhenti Dari Dunia Politik Pada 2010

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Arnold Schwarzenegger (tengah) ditemani kawan-kawannya Franz Hoermann (kiri) dan Peter Urdl (kanan) ketika melawat ke rumah lamanya di Thal berdekatan dengan Graz, Austria, pada 18 November 2009. -Foto AP
Arnold Schwarzenegger (tengah) ditemani kawan-kawannya Franz Hoermann (kiri) dan Peter Urdl (kanan) ketika melawat ke rumah lamanya di Thal berdekatan dengan Graz, Austria, pada 18 November 2009. -Foto AP

PELAKON Hollywood yang kini bergelar Gobenor California, Arnold Schwarzenegger akan mengundurkan diri dari dunia politik pada tahun hadapan.

Arnold yang juga merupakan seorang pelakon watak-watak lasak ini tidak akan merebut untuk mana-mana jawatan politik selepas penggal keduanya berakhir pada tahun 2010.

Menurut sebuah portal akhbar luar negara, pelakon ini pernah menyatakan secara tidak langsung pernah mencabar undang-undang Amerika yang berkaitan dengan pelantikan presiden.

“Saya tidak pernah melabelkan diri saya sebagai ahli politik. Oleh itu saya tidak akan bertanding untuk mana-mana jawatan lagi,” jelas pelakon siri filem Terminator 1, 2 dan 3 ini.

Sejak mememang jawatan Gabenorpada tahun 2003, pelakon ini mengurangkan aktiviti lakonkannya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan