Anang Lebih Menyerlah Tanpa KD

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Krisdayanti (kanan) bersama Anang semasa Anugerah Skrin 2006. -Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
Krisdayanti (kanan) bersama Anang semasa Anugerah Skrin 2006. -Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI

HIKMAH di sebalik perceraian, komposer Anang Hermansyah tampil jauh lebih hebat setelah bercerai dengan Krisdayanti (KD).

Kalau dulu karyanya tak pernah masuk tangga lagu, kini masuk tangga lagu Dahsyat.

"Sudah berapa kali saya terlihat lagu Anang masuk carta lagu popular. Saya senang kerana Anang lebih hebat tampil sendiri. Kalau dulu, tidak pernah masuk carta," jelas KD.

Secara kebetulan, KD yang juga bekas isteri Anang, telah membacakan posisi carta lagu-lagu popular RCTI dan lagu 'Dasyat' nukilan Anang berada di dalam carta.

KD menerima hakikat yang Anang jauh lebih menyerlah setelah perpisahan mereka.

"Dulu Anang sering terima award yang saya dapat. Sekarang jadi gantian pula. Hikmahnya, Anang jadi lebih bagus," kata KD.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan