Majlis Malam Amal Puteri Bersama Karyawan Kumpul Lebih RM60,000

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Ahmad Jais menyanyikan lagu 'Joget Pucuk Pisang' serta 'Umpan Jinak Di Air Tenang'.
Datuk Ahmad Jais menyanyikan lagu 'Joget Pucuk Pisang' serta 'Umpan Jinak Di Air Tenang'.

PERSATUAN Karyawan Malaysia (PKM) dan pemilik Restoran Puteri menganjurkan majlis malam amal di Restoran Puteri bagi mengisi tabung kebajikan dan pencen persatuan tersebut baru-baru ini.

Kira-kira 120 artis baru serta veteran dan ahli-ahli persatuan menghadiri majlis malam amal itu yang diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail pada 17 November lalu.

Dewan atas Restoran Puteri diletakkan dengan 13 buah meja dan setiap meja dijual dengan harga RM5,000.

Sebanyak RM65,000 berjaya dikutip pada majlis malam amal itu yang berlangsung dari pukul 8 malam hingga 10.30 malam.

Ia dianjurkan di atas inisiatif pemilik Restoran Puteri iaitu Rubiah Suparman dan Habsah Hassan.

Pengacara majlis Jaafar Onn atau lebih dikenali sebagai Cikgu Jaafar menghiburkan para penonton dengan cara penyampaian serta gelagat yang bersahaja tetapi melucukan.

Presiden PKM, Datuk Freddie Fernandez dalam ucapannya berkata, persatuan itu berusaha untuk mengumpulkan dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti yang diadakan.

Katanya, penganjuran majlis malam amal itu adalah salah satu cara pengumpulan dana.

"Setakat hari ini, sebanyak 26 artis telah mendapatkan sumbangan pencen daripada persatuan," katanya.

Artis-artis yang membuat persembahan pada malam itu ialah Datuk Khatijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah, Nassier Wahab, Datuk Yusni Hamid dan Datin Paduka Julie Sudiro.

Lain-lain artis termasuk Datuk Ahmad Jais, Datuk Salwa Abd Rahman, Rohana Jalil, Nassier Wahab, Andre Goh, V. Sarangabanie, Amylea (One In A Million musim ketiga), Haziq (Akademi Fantasia musim keempat), Iqwal dan dua penyanyi baru, Shasha dan Wanie.

Datuk Ahmad Jais menyanyikan lagu 'Joget Pucuk Pisang' serta 'Umpan Jinak Di Air Tenang'.

Para tetamu memberikan tepukan gemuruh selepas penyanyi irama pop yeh yeh itu habis memberikan persembahan.

Sambil artis-artis beraksi, para tetamu menjamu selera dengan sup cendawan, nasi putih, ayam masak lemak cili padi, kari ikan, sambal udang, daging dendeng, kerabu pucuk paku, sayur goreng campur, ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin, buah-buahan dan desert 'lompat tikam'.

Dalam majlis yang sama, para tetamu turut meraikan hari jadi Datuk Salwa.

Sebelum majlis berakhir, semua artis dan para hadirin menyanyikan lagu 'Geylang Si Paku Geylang'.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan