Aishah Kecewa Single Terbarunya Tidak Diputarkan

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishah kecewa kerana singlenya 'Yang Hanya Ada Kenangan' tidak dimainkan di kebanyakan stesen radio tempatan. -Foto THE STAR oleh RICKY LAI
Aishah kecewa kerana singlenya 'Yang Hanya Ada Kenangan' tidak dimainkan di kebanyakan stesen radio tempatan. -Foto THE STAR oleh RICKY LAI

PENYANYI popular 80-an dan 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah kecewa kerana singlenya 'Yang Hanya Ada Kenangan' yang dikeluarkan pada Januari lalu tidak dimainkan di kebanyakan stesen radio tempatan.

Walhal rekod prestasi Aishah cukup mengagumkan. Artis veteran ini mempunyai lebih 20 album termasuk kompilasinya, dalam tempoh kerjaya seninya yang menjangkau lebih 20 tahun.

"Single saya susah nak dapat radio 'air play' (lagu tidak diputarkan). Artis veteran seperti saya terpaksa mengeluh dalam situasi industri muzik sekarang kerana kami tidak mendapat sokongan stesen radio tempatan.

"Sampaikan kami (artis) dan syarikat record tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikehendaki stesen radio hari ini. Anda mendengar lagu-lagu artis luar negara diputarkan secara kerap sampai kita hilang motivasi untuk membuat lagu baru," katanya.

Aishah ditemui di sidang media konsert istimewa 'Irama Warisan Kita' di Hotel Shangri-La baru-baru ini.

Dalam sidang media itu, Aishah diperkenalkan bersama komposer terkenal Lah Ahmad sebagai penyanyi pada konsert tersebut. Konsert 'Irama Warisan Kita' bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada 11-12 Disember 2009 pada pukul 8.30 malam dan 13 Disember 2009, 3 petang.

Dalam konsert itu, Aishah bakal menyanyikan dua buah lagu iaitu 'Bahtera Merdeka' (komposer: Kassim Masdor; lirik: S. Sudarmaji; penyanyi asal: Datuk Ahmad Jais dan arranger: Vivian Chua) dan 'Joget Kenangan Manis' (komposer: S. Atan; lirik: Haron Abdul Majid; penyanyi asal: Datuk Sudirman dan arranger: Ahmad Muriz Che Rose).

Setakat ini, Aishah mendakwa cuma stesen radio Sinar, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan SuriaFM pernah memutarkan singlenya, 'Yang Hanya Ada Kenangan'.

Single 'Yang Hanya Ada Kenangan' dihasilkan oleh Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Kak Chah.

Sehubungan itu, Aishah memberitahu pihak berkuasa terbabit seharusnya mewujudkan dan mengenakan peraturan ataupun kuota berhubung jumlah lagu tempatan yang dimainkan oleh stesen-stesen radio tempatan.

Jelasnya, ini bagi memastikan stesen-stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan.

"Kita mempunyai banyak bakat tempatan. Bila kita dengar lagu-lagu artis luar negara yang dimainkan, apalah yang sedap sangat. Bila saya tanya 'kenapalah?'.

"Bila saya tanya kenapa tak main single saya, jawapan yang biasa saya dengar ialah 'Kami rasa para pendengar tidak menyukainya."

"Saya tanya balik... 'Bagaimana kamu tahu para pendengar tidak menyukainya sedangkan stesen radio anda langsung tidak memainkan lagu tersebut?" kata Aishah yang pernah mengeluarkan album 'Aishah' pada 1990.

Album 'Aishah' memuatkan lagu-lagu hit seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Bahtera Merdeka. Ia adalah antara album yang mencatat jualan tertinggi.

Tambah Aishah lagi, kajian yang dijalankan mendapati apa-apa lagu termasuk lagu 'Twinkle, Twinkle, Twinkle Little Star' akan menjadi lagu hit sekiranya kerap dimainkan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan