Saida Dan Saerah Mengaku 'Tumpang Populariti' Siti Dalam AC?

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGMEN Borak AC yang akan ke udara sehari selepas hari Krismas di Astro RIA (Saluran 104), akan menampilkan tiga orang 'tetamu istimewa' iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Siti Nursaida dan Siti Nursaerah.

Rakaman program AC? yang diadakan kelmarin menyaksikan gelagat 'tiga' Siti diusik AC Mizal, disaksikan lebih kurang 90 orang penonton di Studio 2, Astro, Bukit Jalil.

Datuk Siti Nurhaliza kelihatan begitu jelita dan kasual dengan seluar jeans yang dipadankan bersama blaus longgar dan kain selendang sedondon berwarna merah dan oren.

Manakala kakak penyanyi Siti Nurhaliza, Siti Nursaida memakai blaus berwarna putih dan berseluar jeans. Siti Nursaerah pula tampil dengan imej ala "hip-hop" berwarna hitam.

Dalam perbincangan yang relaks dan spontan itu, Siti menjawab berbagai soalan dari topik album terbarunya 'Tahajjud Cinta' yang berkonsepkan kerohanian hinggalah ke isu menjadikan saudara sendiri sebagai artis rakaman dalam syarikat produksinya, iaitu SNP (Siti Nurhaliza Productions).

Saida dan Saerah juga secara terbuka berkongsi pengalaman mereka bernaung dibawah syarikat rakaman Siti Nurhaliza, sebagai penyanyi rakaman.

Tanpa berselindung, Saida mengaku yang sebenarnya beliau dan Siti Nursaerah menumpang populariti Siti Nurhaliza.

"Saya tahu kami dikenali kerana Siti Nurhaliza. Tetapi kami juga ingin merasa kesusahan yang pernah dialami olehnya dari bawah," jelas Siti Nursaida.

Menurut Saerah pula, sebab yang tidak seronok menjadi adik penyanyi nombor satu negara adalah dirinya selalu dibandingkan dengan kakaknya.

"Tetapi itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. Itu membakar semangat saya untuk berusaha dengan lebih keras lagi," kata Saerah yang akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan Mei depan.

Saida, Siti dan Saerah turut menjawab lima soalan yang dikemukakan oleh penonton di studio.

Sementara itu, untuk segmen Wow! pula, kumpulan sorakan Emas mempersembahkan aksi mereka pada malam tadi.

Klimaks pada program rakamam itu adalah sedutan video bagaimana AC Mizal dikenakan oleh kru pembikinan program AC? sendiri sempena hari jadinya yang ke-38.

AC sempat juga memotong dua lagi kek hari jadi di studio pada program rakaman itu bersama isteri dan dua orang anaknya.

Bagi 'Segmen Garaj AC', Siti telah memberi sekeping gambar yang telah diautograf. Gambar itu diambil semasa beliau sedang disiapkan untuk maljis persandingannya dengan suaminya Datuk Khalid Muhamad Jiwa di KLCC pada tahun 2006.

Manakala kakaknya, Saida mendermakan sehelai jaket kulit dan Saerah pula menghadiahkan satu anak patung yang diberikan oleh kawan baiknya semasa menamatkan penggajian Diploma.

Tidak sah kalau tidak mendengar suara merdu dari Siti. Penyanyi tersohor itu telah menyampaikan sebuah lagu berjudul Ku Percaya Ada Cinta dari album terbarunya iaitu 'Tahajjud Cinta'.

Program AC mengandungi empat buah segmen lagi iaitu Carta AC dan Teropong, Gelak Geli AC, Wow!, dan Garaj AC. Pengacara untuk program ini ialah AC Mizal.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan