Megan: Seleberiti Ibarat Seekor Kambing Yang Tunggu Masa Dikorbankan - Berita Hiburan | mStar

Megan: Seleberiti Ibarat Seekor Kambing Yang Tunggu Masa Dikorbankan

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MODEL dan pelakon, Megan Fox mengaku terpaksa menyembunyikan identitinya yang sebenar semata-mata untuk mencipta satu-satu kontroversi baru.

Antara kontroversi baru yang diciptanya ialah, beliau mengaku secara terbuka yang dirinya adalah seorang bi-sekual.

“Saya mencipta satu identiti luaran yang bukan diri saya sebenar.

“Seorang selebriti ibarat seekor kambing biri-biri yang hanya menunggu masa untuk dikorbankan.

“Media dan orang ramai hanya menunggu masa untuk menjatuhkan maruah. Saya tidak akan sekali-kali menunjukkan personaliti sebenar saya,” jelas Megan.

Tambah pelakon filem “Transformers” ini, tiada siapa yang tahu identiti sebenar dirinya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan