Tiket Untuk Konsert Noryn Aziz Terjual Hampir 70%

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI jazz, Noryn Aziz akan menambat hati para peminatnya menerusi konsert “DFP Spotlight:Jazz” yang juga merupakan konsert jazz solo Noryn pada 12 Januari 2010.

Hampir 70% tiket sudah pun habis dijual untuk konsert yang dianjurkan oleh Dewan Filharmonik, Petronas, di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) khas untuk penyanyi-penyanyi Jazz tanah akhir.

Sebelum ini, penyanyi jazz, Mia Palencia adalah diantara penyanyi yang mengadakan konsert seumpama ini pada bulan Oktober lepas.

Tiketnya berharga RM30 untuk persembahan selama satu setengah jam.

Menurut penyanyi itu lagi, kelainan pada konsert ini adalah Noryn akan berada lebih dekat dengan penonton kerana dewan itu hanya boleh menempatkan 300 orang.

“Teknologi di dewan tersebut juga amat bagus dan konsert itu akan memaparkan semuanya mengenai Noryn Aziz.

“Konsert ini juga merupakan konsert solo saya setelah sekian lama,” jelas Noryn yang memiliki bentuk badan yang montok apabila dihubungi semalam.

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan pada malam itu adalah “Ladies Sing the Blues” dan “Misty.” Lagu-lagu daripada albumnya juga akan dinyanyikan oleh Noryn.

“Saya juga akan menyanyi beberapa buah lagu yang digubah oleh saya, lagu-lagu jazz serta latin dan dua buah lagu single baru,” jelas penyanyi itu. Muzik pada konsert itu akan dimainkan oleh bandnya sendiri.

“Ramai yang menyangka yang saya akan menyanyi bersama kumpulan okestra tetapi sebenarnya tidak,” kata penyanyi itu yang fasih berbahasa Inggeris.

Tambahnya lagi, sepanjang sepuluh tahun dalam bidang seni ini, suara dan genre muziknya telah banyak berubah dan kelainan itu oleh dilihat sendiri oleh peminat-peminat Noryn dalam konsert itu nanti.

Apabila ditanya apakah berbezaan diantara persembahannya sekarang dan yang terdahulu, penyanyi itu berkata persembahannya pada kali ini mempunyai elemen kejutan.

“Ini juga merupakan satu konsert yang agak kecil dan berada lebih dekat dengan penonton berbanding konsert-konsert saya yang terdahulu,” ujar Noryn.

Sementara itu, Noryn kini sibuk dengan singlenya yang bertajuk Izinkan Aku dan Kesungguhan Cinta, dijadualkan akan keluar pada awal bulan Disember ini.

“Saya ingin mengeluarkan album tetapi genarasi kini lebih suka memuat turun lagu-lagu menlalui Internet.

“Itu adalah salah satu sebab kenapa saya lebih suka mengeluarkan single saya dahulu sebelum album,” kata Noryn. Manakala albumnya pula yang keluar pada awal tahun hadapan.

Selain itu, penyanyi ini juga sibuk dengan banyak majlis-majlis korperat.

Apabila disoal mengenai rahsia kecantikannya, Noryn berkata beliau menjaga aspek pemakanannya dan mengelakkan makan pada waktu malam.

“Saya selaku jurucakap pusat pelansingan badan Marie France akan berkunjung ke pusat mereka sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

“Saya juga mengamalkan jamu dan mengambil suplemen saya setiap pagi selain berenang dua kali seminggu,” kata penyanyi itu lagi.

Walaupun menjaga makannya, Noryn tidak terlepas untuk menikmati makanan kegemarannya seperti kari, nasi lemak dan roti canai.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan