Sehelai Rambut Elvis Dilelong 1 Ribu Pound - Berita Hiburan | mStar

Sehelai Rambut Elvis Dilelong 1 Ribu Pound

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rambut Elvis Presley yang bakal dijual kepada orang ramai. -foto AP
Rambut Elvis Presley yang bakal dijual kepada orang ramai. -foto AP

KALAU sudah dinamakan bintang, apa saja yang dimiliki, harus boleh dijual. Sehelai rambut dari kepala lagenda Elvis Presley telah dijual dengan harga 1.000 pound sterling lebih.

Sehelai rambut itu telah diletakkan di dalam bingkai piringan bersama foto legenda agung itu.

Pelelong Wiltshire, dari Balai Lelang Henry Aldridge and Son berhenti mengetok paluannya setelah tawaran berhenti pada 1.055 pound sterling.

Sehelai rambut milik Elvis itu telah disimpan oleh tukang cukurnya, Homer Gill Gilleland. Gill telah menyimpannya lebih dari 20 tahun.

Setelah kematian Presley pada tahun 1977, tukang cukur itu dikatakan telah menjual rambut Elvis di Graceland.

Pada bulan November 2002, sehelai rambut Elvis dijual dengan harga USD115,000 dalam lelongan internet. Ini telah mendorong spekulasi untuk dijual kembali, sehelai demi sehelai rambut Elvis.

Jadi, kalau sesiapa ingin memiliki satu helai rambut Elvis, kemungkinan orang lain masih menyimpannya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan