Sam Nafi Juliana Evans Punca Pengurus Bunkface 'Disingkirkan'

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sam (kiri) ketika sidang media konsert Hypptunes Rock The World 2009.
Sam (kiri) ketika sidang media konsert Hypptunes Rock The World 2009.

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba saja pengurus Bunkface, Zara Ismail dikhabarkan telah meninggalkan band indie tersebut.

Walhal Zara baru bersama Bunkface selama enam bulan. Kononnya, Zara 'disingkirkan' gara-gara aktres/pengacara Juliana Evans, 20, yang juga kekasih kepada vokalis band itu Sam.

Khabar angin mengatakan Zara dan Juliana memang tidak boleh 'berlaga angin'.

Ketika ditemui di konsert "Fly FM's 4th Fly-Anniversary" yang berlangsung di Central Park Avenue, 1 Utama, Bandar Utama minggu lepas, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar, 22, mengakui kumpulannya kini mempunyai pengurus baru sejak tiga bulan lalu.

"Zara sibuk dengan kerjanya dan syarikatnya dan kami pula mempunyai haluan sendiri. Jadi kita berpisah macam itulah....

"Itu juga atas permintaannya sendiri," katanya sambil menambah pengganti Zara ialah Peah, seorang kawan lamanya.

Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan (Ahmad Farhan Hashim, 22) dan Youk (Muhammad Farouk Jaafar, 20) sudah tiga tahun ditubuhkan.

Apabila ditanya sama ada Juliana merupakan faktor Zara berpisah dengan Bunkface, Sam agak keberatan memberi komen.

Ternyata, Sam kurang selesa dengan soalan itu.

"Itu dari mulut orang lain. Tidak ada kebenaran dengan gosip sebegitu. Saya tiada komen," jawab Sam secara ringkas menafikan gosip tersebut.

Malah katanya, Bunkface dan Zara masih menjalin perhubungan yang baik.

Ketika ditanya bila dia akan berkahwin, Sam tiba-tiba "menjerit": "Wow, ia di luar kotak fikiran saya sekarang.

"Saya masih muda lagi dan biarlah saya menguruskan karier dengan baik dulu sebelum berkahwin."

Sementara itu, Sam memberitahu Bunkface bakal mengeluarkan album baru yang memuatkan 10 buah lagu pada awal tahun depan.

Sam yang dilahirkan di Basildon, England berharap orang ramai dapat menghargai lagu-lagu ciptaan band indie.

Lagu-lagu popular Bunkface termasuk Bunk Anthem, Situasi, Silly Lily, High School Rocker, Tired Misson, Revolusi, Fine, Land Of Hope, Last Minute, Hyper Killer, Our Way, Prom Queen dan Through My Window.

Bunkface mengungguli Shout! Awards yang julung kali diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan kemenangan 'hattrick' iaitu meraih anugerah Rockstar dan Break Out bagi kategori muzik selain anugerah The Ultimate Shout! Award.

Kemenangan besar Bunkface di Anugerah Shout! Award membuka mata pihak One Movement For Music Perth (OMFM) untuk menjemput mereka ke Perth.

Sekaligus undangan ini memberi ruang untuk Bunkface membuat persembahan selama 30 minit. Festival ini berlangsung dari 16 hingga 18 Oktober 2009 di Perth Australia.

"Itu adalah satu pengiktirafan yang tinggi untuk band indie tempatan terutamanya kepada Bunkface," kata Sam.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan