'Roseata-Love' Selami Perjalanan Sukar Menjadi Penyanyi Terkenal

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu adegan romantis dalam drama ini
Salah satu adegan romantis dalam drama ini

ROSEATA-LOVE merupakan sebuah drama bersiri yang berjaya mendapat sambutan hangat di Taiwan.

Kini drama yang dibintangi Rachael Liang, Tender Huang, Xu Wei Ning, Huang Bo Jun ini, akan akan menemui penonton-penonton di Malaysia menerusi saluran hip 8TV.

Peminat-peminat drama bersiri Mandarin, pastikan tidak ketinggalan untuk menonton drama penuh romantis ini setiap Sabtu dan Ahad jam 4.00 petang bermula 31 Oktober 2009.

Drama bersiri 23 episod ini menampilkan penyanyi dan pelakon popular Taiwan Rachel Liang (Wang Xiao Zi) memegang watak utama di samping pelakon dan model yang digilai ramai wanita Tender Huang (Ning Zi Da).

Cerita ini membawa anda menyelami perjalanan hidup Xiao Zi yang baru kematian teman lelaki. Perjalanan hidupnya penuh dengan liku namun beliau tetap fokus dan sentiasa positif demi mengejar cita-citanya untuk menjadi penyanyi terkenal.

“Roseata-Love menerima ulasan yang cukup baik di Taiwan dan cukup menggembirakan kesemua krew dan pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini. Kami dedikasikan kisah cinta yang cukup romantik ini untuk peminat drama bersiri Mandarin,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Drama bersiri ini merupakan sebuah drama bersiri yang cukup popular di Taiwan dibintangi oleh bintang-bintang muda yang sedang mencipta nama. Kami sentiasa menyediakan drama-drama yang berkualiti untuk peminat program berbahasa Mandarin. Semoga anda semua berpuas hati dan terhibur” tambah Kim lagi.

Cerita bermula dengan kisah Lin Nuo yang merupakan penyanyi di sebuah pub. Walaupun tidak pernah menerima apa-apa penghargaan, peminat nombor satu beliau Xiao Zi tetap berada di belakang beliau untuk memberikan sokongan. Xiao Zi sering membuat bunga ros kertas khas untuk Lin Nuo.

Namun malang tidak berbau, Lin Nuo menemui ajal dalam sebuah kemalangan dan Xiao Zi yang kehilangan kekasih hati mengambil keputusan untuk mengambil alih tempat Lin Nuo demi meneruskan cita-cita kekasih hatinya. Xiao Zi memoting rambut dan cuba menjadi Lin Nuo dengan menyanyi di pentas yang sama.

Ning Zi Da merupakan seorang sahabat yang baik dan berharap Xiao Zi kembali menjadi diri sendiri dan kembali ceria. Beliau sentiasa berada di sisi Xiao Zi untuk membantu beliau meneruskan cita-cita kekasih hati beliau

Xiao Zi berjaya menyentuh hati orang ramai dengan muzik dan nyanyiannya dan beliau juga mempunyai peminat misteri yang sering menghantar bunga ros ungu. Namun Xiao Zi tidak mengetahui bahawa Ning Zi Da merupakan peminat misteri itu.

Adakah Xiao Zi berjaya mencari peminat misteri beliau? Berjayakah Xiao Zi melupakan Lin Nuo dan mula menjalani hidup sebagai diri sendiri? Apakah kesudahan hubungan Ning Zi Dad dan Xiao Zi? Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta romantik ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ‘Roseata-Love’ yang akan mula disiarkan di 8TV setiap Sabtu dan Ahad jam 4.00 petang. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan