Ramai Lagi Penyanyi Melayu Raggae Lebih Bagus Daripada Saya - Yuna

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPILAN bertudung penyanyi indie Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 23, sambil memetik tali gitar persis seperti penyanyi Muslimah.

Yuna bagaikan lambang gadis Muslimah yang ideal kerana dia bukan sahaja pandai menyanyi tapi kaya dengan sopan santun.

Bagaimanapun, Yuna beranggapan dia tidak layak digelar penyanyi Muslimah hanya kerana dia menyanyi dengan bertudung litup.

"Saya tidak layak untuk mewakili penyanyi Melayu kerana rasanya saya tidak layak lagi....

"Bagi saya, itu adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Lebih ramai penyanyi Melayu raggae yang pandai menyanyi di luar sana.

"Kita sebenarnya mempunyai ramai penyanyi yang berbakat besar," kata Yuna ketika ditemui selepas membuat persembahan di konsert "Fly FM's 4th Fly-Anniversary" di 1 Utama baru-baru ini.

Konsert itu menjadi lebih manis bila kira-kira 10,000 penonton dengan kerjasama penganjur merayakan hari jadi Yuna pada konsert itu.

Yuna berkata dia selesa bertudung dan tidak akan sesekali menanggalkan tudungnya ketika membuat persembahan untuk mengikut trend penyanyi.

"Sejak kecil lagi, saya dah nekad untuk pakai tudung. Kemudian saya belajar main gitar. Saya bersyukur kerana saya menyanyi dengan bertudung," kata penyanyi yang sedang popular dengan lagu ‘Dan Sebenarnya’ ciptaannya sendiri.

Yuna telah membuat persembahan selama tiga tahun dan sejak kebelakangan ini, namanya mula mendapat tempat.

Malah lagu 'Dan Sebenarnya' telah menduduki lima tempat teratas dalam pertandingan Muzik-Muzik separuh akhir baru-baru ini.

Populariti Yuna kini sebaris dengan penyanyi Aizat yang menyanyikan lagu berjudul 'Kau Aku', Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), kumpulan Hujan (Aku Scandal) serta kumpulan One Nation Emcees (Raja Gelek).

Yuna, graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), tidak bercadang mempraktikkan undang-undang selaras dengan kelayakan akademiknya.

Kata Yuna, dia ingin memanfaatkan bakat nyanyiannya sekali gus melakar kejayaan di dalam dan luar negara.

"Saya akan mempromosikan EP (seperti mini album untuk pengenalan) atas jemputan sebuah syarikat rakaman di Korea pada bulan Disember depan," katanya sambil menambah EP itu akan turut memuatkan lagu-lagu lamanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan