Keluarga Upah Detektif Bongkar Siapa Teman Rahsia MJ

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keluarga Jacko, telah mengupah sepasukan detektif dan tugas mereka adalah mencari kekasih rahsia ‘Raja Pop’ yang terkenal ini. -foto AP
Keluarga Jacko, telah mengupah sepasukan detektif dan tugas mereka adalah mencari kekasih rahsia ‘Raja Pop’ yang terkenal ini. -foto AP

TERLALU banyak misteri yang ditinggalkan Michael Jackson meskipun dia sudah meninggalkan kita hampir 6 bulan. Salah satu misteri yang masih belum terjawab, siapakah wanita terakhir yang jadi pacarnya?

Keluarga Jacko, telah mengupah sepasukan detektif dan tugas mereka adalah mencari pacar rahasia ‘Raja Pop’ yang terkenal ini.

Mereka berharap dengan menemukan detik kehidupan peribadi Jacko, maka mereka bisa memadamkan pertuduhan yang MJ adalah seorang gay.

Keluarga Jackson, selama sebulan yang lalu, telah menghubungi sejumlah wanita yang disebut-sebut mempunyai hubungan dengan MJ. Di antaranya ialah seorang doktor bangsa Inggeris, Susan Etok.

Susan berkata, Jacko berkali-kali merayu kepadanya untuk bersedia jadi ibu anak keempatnya, hanya tujuh bulan sebelum Jacko meninggal pada Jun lalu.

Wanita lain yang diselidiki adalah Grace Rwaramba. Wanita berusia 42 itu adalah pengasuh anak-anak Jacko. Anak-anak Jacko khabarnya memanggil Grace sebagai mama. Pada bulan Julai lalu, ada yang mendakwa, MJ mempunyai hubungan sulit dengan Grace.

"Beberapa wanita yang pernah mendampingi Michael juga sudah dihubungi. Keluarga Jackson bersusah payah menyewa sepasukan detektif peribadi untuk menemukan siapa wanita terakhir yang dicintai Michael," ujar satu sumber.

Sejauh ini, keluarganya tahu, Jacko memiliki hubungan istimewa dalam hidupnya. Tapi, hingga saat ini tak seorang pun yang ingin menyebut siapa namanya.

"Keluarga Jackson ingin membetulkan gosip bahawa Michael seorang gay. Mereka sangat yakin tuduhan itu tidak benar," kata sumber itu.

Seperti yang dinyatakan oleh Susan Etok, doktor yang berasal dari Luton.

"Michael mencintai wanita. Hanya kerana dia merahsiakan hubungan romantisnya tak berarti dia gay. Michael sangat protektif terhadap wanitanya. Dia tak ingin wanita itu menderita," ujar Susan Etok.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan