Finas ambil alih tiga projek filem ‘terbengkalai’

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Mahyidin Mustakim.
Mohd Mahyidin Mustakim.

BARU sahaja dikaitkan dengan isu mendedahkan rekod KRU Studios yang masih berhutang dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), ketua pengarahnya Mohd Mahyidin Mustakim mendedahkan terdapat tiga buah filem yang gagal disiapkan oleh beberapa produksi sedang diambil alih oleh perbadanan itu.

Namun begitu, Mahyidin yang cuba merahsiakan nama filem berkenaan yakin Finas dengan bantuan bank SME melalui Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) mampu menyiapkan ketiga-tiga filem tersebut dalam tempoh enam bulan.

Sementara sebuah lagi filem yang telah lama siap tetapi belum ditayangkan sehingga kini akan dikenakan tindakan.

Begitu juga dengan lima buah filem yang sudah siap ditayangkan tetapi masih belum melangsaikan hutangnya juga berada dalam perhatian Finas.

“Penggunaan dana SPFC berjalan dengan baik tetapi ada tiga buah filem yang produser tidak mampu siapkan sedang diambil alih oleh Finas dengan kerjasama produser sedia ada atau produser ‘besar’ untuk siapkan filem itu serta bantuan bank SME. Filem apa yang gagal disiapkan itu, tak perlulah saya maklumkan, nanti timbul isu lain pula. Yang penting filem-filem itu akan disiapkan dalam tempoh enam bulan.

“Selain itu, sebuah lagi filem, ‘Cinta Terakhir’ yang sudah siap tetapi belum ditayangkan sedang diambil tindakan oleh pihak bank. Produser filem itu tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sekarang, bank sedang mencari pengarah syarikat itu sebelum dikenakan prosiding undang-undang,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Mohd Mahyidin juga menjelaskan bahawa KRU Studios sebenarnya memang sudah membayar semula pinjaman di bawah SPFC untuk dua buah filem mereka iaitu, ‘Cicakman 1’ dan ‘Duyung’ kepada perbadanan itu.

Namun seperti yang diperkatakan oleh ketua pengarah kumpulan KRU, Norman Abdul Halim, syarikat itu juga masih berhutang dengan perbadanan itu untuk sebuah filem lagi iaitu, ‘Cicakman 2’ dan kini sedang dalam proses pembayaran semula.

Menurut Mohd Mahyidin, pemilihan filem yang mendapat bantuan di bawah SPFC dibuat oleh pihak bank; Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara); panel skrip dan wakil industri perfileman. Selepas itu, persetujuan untuk memberikan pinjaman akan diputuskan oleh pihak bank.

Mahyidin turut menjelaskan tentang kaedah pembayaran SPFC yang melibatkan Bank SME dan syarikat produksi terbabit. Finas sebagai sebuah agensi kerajaan bertindak selaku 'urusetia'.

“Biasanya jika sesebuah filem itu mendapat kutipan ‘box-office’, syarikat itu tiada masalah untuk membayar semula keseluruhan pinjaman. Tetapi jika tidak, sesebuah filem perlu mula membayar semula setelah tiga bulan atau satu tahun selepas filem itu ditayangkan.

“Jika tidak cukup kutipan box-office pun, syarikat boleh mula bayar kepada bank hasil jualan daripada stesen TV dan DVD selepas 13 bulan. Kita sangat fleksibel dalam soal ini demi untuk membantu industri filem tempatan. Sama juga dengan filem yang tidak siap, syarikat itu juga perlu mula jelaskan pinjaman selepas 15 bulan," jelasnya.

Sementara itu, Mahyidin juga memaklumkan, daripada RM50 juta yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu dana industri penerbitan filem, Finas telah menggunakan RM46 juta untuk 45 projek filem sejak 2005.

“Sebanyak 18 projek filem sudah siap dan ditayangkan dengan memungut RM27.2 juta manakala jumlah yang dibayar semula oleh peminjam adalah sebanyak RM10.35 juta,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan